Akhbar Sinar, 7 Sept 2015 melaporkan kepimpinan PAS melalui presidennya menyatakan parti itu akan meletakkan calonnya di setiap kerusi yang ditandingi DAP. Malah, PAS juga menyebut bahawa parti itu akan meletakkan calon berbangsa Cina dari DHPP bagi berlawan dengan calon DAP. Sumber
Dalam blog alHusseyn51 memberi komen bahawa..
Terbukti bahawa Hj Hadi semakin mengarut kebelakangan ini. Kalau ada wala'un yang nak marah sebab saya kata gitu, marahlah. Tidak ada orang yang waras pemikiran dan perkiraannya akan berkata seperti apa yang diucapkan.
Nampaknya kini Hj Hadi meletakan DAP sebagai musuh utamanya.Bukan lagi Umno sebagaimna lazimnya. Inilah perubahan ketara perjuangan PAS. Sememangnya PAS sudah banyak berubah sejak pemergian almarhum Tuan Guru Nik Aziz.Almarhum adalah satu-satunya tokoh yang sangat kuat menentang Hj Hadi yang kemaruk sangat mahu bersama Umno.
TGNA menolak cadangan kerajaan campuran dengan BN Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar 2008 di Ipoh.
baca lagi di sini.
Apabila Presiden PAS sendiri menyatakan mereka akan memerangi setiap kerusi yang ditandingi DAP maka terbuktilah secara zahir dan batin apa yang menjadi tanda-tanya selama ini, iaitu tentang adakah PAS akan menyertai PAKATAN 2.0 atau tidak.
Ternyata ia TIDAK akan menyertai gabungan baharu bersama PKR, DAP dan Amanah kerana di dalam gabungan baharu ada DAP. Hal ini sudah pasti menjadi tamparan juga kepada PKR dan DS Anwar Ibrahim yang cuba berlapang dada dengan PAS sebelum ini dalam soal pembentukan gabungan baru bagi menghadapi PRU14.
Akan ada beberapa persoalan tentang tindakan PAS di atas:
1) Sudahkah golongan Ulama' (kononnya) di atas membuat kira-kira statistik penduduk Malaysia berdasarkan laporan perangkaan negara terkini?
2) Sudahkah mereka mengkaji faktor-faktor kekalahan dan kemenangan mereka pada pilihanraya-pilihanraya yang lalu?
3) Adakah keputusan ini dipersetujui oleh kepimpinan-kepimpinan lain?
4) Adakah mereka ingat dengan meletakkan calon Cina dari DHPP akan berjaya mengalahkan calon DAP? Tidakkah mereka tahu bangsa Cina lebih bijak berpolitik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan