Sehingga sekarang masih ada mangsa banjir Kelantan yang tinggal di khemah. Tapi menteri besar Kelantan tak habis-habis dok promote Kelantan kepimpinan Islam. Memang tak malu.
(gambar: malaysiainsider.com)
oleh Mat Safian
Kerajaan Kelantan pimpinan Ustaz Ahmad Yaakob ternyata gagal dan berprestasi buruk. Tidak pasti sama ada disebabkan kecetakan ilmu pengurusan atau memang tak layak jadi menteri tetapi berpura-pura layak. Bahasa mesranya ialah bodoh sombong.
Disini saya ringkaskan kes-kes yang diutarakan oleh MSO.
Kes-kes saman Individu/syarikat ke atas Kerajaan Kelantan
1) Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) disaman individu (pemilik syarikat) - RM2 juta
Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) telah diperintanh oleh Mahkamah Persekutuan membayar ganti rugi kepada seorang individu (syarikat) bernilai lebih RM2 juta. Individu berkenaan tuan milik sebuah syarikat perkayuan telah mengemukakan saman kepada KPK, menuntut ganti rugi kerana dikatakan melanggar terma perjanjian kontrak dengan KPK.
Katanya kes ini sudah lama berlaku tetapi ia tidak diselesaikan dengan baik menyebabkan individu atau syarikat berkenaan terpaksa mengheret kerajaan negeri ke Mahkamah. Mulanya kerajaan Kelantan diperintah membayar sekitar RM1 juta sahaja, tetapi kerana kedegilan akhirnya mahkamah memerintah bayaran sebanyak RM2 juta, termasuk faedah 4% setahun. Difahamkan juga cek untuk pembayaran itu sudah dikeluarkan hari ini?
Selain daripada kes itu khabarnya masih ada lagi beberapa kes melibatkan KPK yang juga membabitkan kegagalan memenuhi perjanjian. Tindakan mahkamah sedang dijalankan. Tuntutan yang dikemukakan bernilai jutaan ringgit juga.
2) Pekerja KIAS saman Pengurusan KIAS - RM200k
Kolej Islam Sultan Islam Putra (Kias) yang merupakan institusi pendidikan dibawah YIK telah kalah dalam tuntutan saman oleh seorang kakitangannya yang dipecat tanpa mengikut peraturan. Sebanyak RM200,000 Kias diperintah oleh Mahkamah Perusahaan membayar ganti rugi itu. Ada cadangan agar kes itu diselesai secara anak beranak tetapi ada pimpinan yang agah dan angkuh mencabar agar pegawai itu bawa kes itu ke mahkamah.
Natijahnya Kias terpaksa membayar sejumlah itu. Bayangkan kalau pendekatan musyawarah diadakan wang RM200,000 itu boleh diselamatkan.
Natijahnya Kias terpaksa membayar sejumlah itu. Bayangkan kalau pendekatan musyawarah diadakan wang RM200,000 itu boleh diselamatkan.
3) Kerajaan Kelantan disaman Syarikat Korea - RM230 juta
Tuntutan oleh sebuah syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd dari Korea yang dibatalkan perjanjian kontrak membina lebuh raya rakyat. Khabarnya syarikat itu menuntut ganti rugi sebanyak RM230 juta. Sebelum ini ada cadangan agar pembatalan itu dibuat secara baik, berunding dengan syarikat berkenaan tetapi tidak dilayan. Tetapi kerana kedegilan syarikat itu dibuang begitu sahaja kerana teruja dengan janji sebuah syarikat lain kononnya lebih berkemampuan untuk membina lebuh raya berkenaan. Hakikatnya, syarikat lain yang menjadi pilihan itu sebenarnya lebih mahal harga yang diletakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan