Sabtu, 19 September 2015
PAS Tolak Sertai Pakatan Baharu, Mudahkan Kerja AMANAH, DAP & PKR
Syabas! memang memudahkan kerja PR2.0. Biar rakyat Malaysia dan ahli2 PAS sendiri tahu, bhw PKR, DAP & Amanah bukannya jenis 'kawan khianat kawan'. TGHH dah membuktikan halatuju PAS yang sebenar. Jd, pimpinan PAS yg lain jangan dok pujuk2 DAP berubah hati lagi.
.........................
Parti Amanah Negara di dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa keputusan PAS untuk tidak bersama dalam Pakatan 2.0 dan hanya akan bekerjasama dengan PKR akan memudahkan untuk Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Hj. Ayub, Parti Amanah Negara (AMANAH) telah berkali-kali mempelawa PAS untuk bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, namun PAS pada hari ini telah membuat keputusannya untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR. (lihat kenyataan rasmi di sini)
Beliau berpendapat keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.
"Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu," tambah kenyataan itu lagi.
Menurutnya, AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.
Portal The Malaysian Insider pada hari ini melaporkan bahawa seorang pemimpin kanan PAS bahawa PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)
Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia.
PAS menganggap bekas pemimpinnya yang menyertai dan menubuhkan sebagai pengkhianat kerana mendakwa mereka yang telribat itu telah khianat kepada baiah dan sumpah.
Namun, yang nyata baiah dan sumpah itu dilakukan sewaktu PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, dan apabila Pakatan Rakyat telah dibunuh oleh PAS dengan memutuskan kerjasama dengan DAP, maka baiah dan sumpah itu sudah terbatal dengan sendirinya.,
Ini kerana mereka yang memenangkan calon PAS bukan terdiri dari ahli-ahli PAS sahaja, malah dari pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan