Adakah Ulama PAS berani membuat surat baiah baru?
Ada beranikah beliau?
Apabila pimpinan PAS masih memainkan isu baiah dan talak, maka ia sudah membuktikan bahawa pemimpin PAS itu telah diresapi penyakit takabbur yang teruk. Ia mungkin juga sudah dibaluti sifat riak dan bongkak yang melampau sehingga mencemaskan beberapa pimpinan PAS lain.
Tidak cukup dengan itu, pimpinan PAS mengeluarkan pula kenyataan cuba membenarkan lagi keinginan mereka untuk melihat pasangan Islam bercerai-berai. Dimasukkan hadith-hadith dan ayat-ayat Al-Quran untuk melindungi benteng takabburnya.
Jika ulama PAS sangat yakin dengan surat baiah talak PAS itu, maka seharusnya beliau perlu buktikan dengan membuat baiah baru. Baiah baru hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Diletakkan nama-nama isteri penerima baiah.
- Disebut perkataan talak dengan jelas.
- Dilakukan dalam satu majlis terbuka yang didengari orang ramai.
- Semua muslimat PAS perlu baiah taklik.
- Semua ahli sedia ada dan bakal ahli baru perlu tandatangan surat baiah.
- Ucapan baiah dimulakan dengan Pimpinan dan Majlis Syura PAS di hadapan orang ramai.
Jika kesemua enam (6) perkara di atas ulama PAS tidak berani untuk laksanakan, maka ternyatalah merekalah golongan Ulama Su' (Ulama Jahat atau Syaitan) yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW,
Sabda Rasulullah SAW,
"Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dasyat dari Dajjal. Bila ditanya: Siapa mereka itu? Jawab baginda: Ulamaus-Su'. "

Tiada ulasan:
Catat Ulasan