Selasa, 22 September 2015

PRU14: PAS terlupa buat analisis 'Pecahan Undi'



Jika PAS merujuk data yang diyakininya, seperti yang dipamerkan oleh Naib Presiden PAS, Iskandar A. Samad, jadi PAS sudah terlupa bahawa partinya sudah berpecah dua (bukan bercerai, hanya orang2 takde syariat saja dok suka sebut cerai..cerai..talak..talak).

Kita ambil data Iskandar A. Samad iaitu PAS berasaskan PRU13. Baginya PAS mendapat:

2,133,944 undi

Iskandar terlupa, PAS dah berpecah dan wujud pula PARTI AMANAH NEGARA (PAN). Bukan setakat wujud, tetapi parti ni membawa penyokong-penyokongnya yang tersendiri.



Jika dalam tempoh 3 bulan lebih (jika dikira dari tarikh lepas Muktamar Jun 2015), mereka berjaya kumpul 30,000 lebih ahli, ini bermakna tidak mustahil mereka (Amanah) akan mengaut jumlah undi sokongan minima 30% dari jumlah undi keseluruhan di atas (2,133,944 juta).

Jika 30% sokong Amanah, berapa undi PAS yang tinggal? PAS hanya tinggal undi sebanyak

1,493,760 undi

PAS jugak terlupa yang blogger-bloggernya sentiasa tak mampu berhujah membela PAS. PAS juga terlupa 90% blogger-blogger pakatan yang sibuk menyebar, menghentam BN dan menaikkan PAS dahulu sebenarnya sudah bertukar arah angin.

Blogger tak sama dengan penyokong dan pengundi. Blogger ada sedikit IQ tambahan iaitu 'pencarian maklumat' dan analisis.

DATA SEBENAR MENGIKUT SPR

PKR : 2,254,328 undi  DAP : 1,736,267 undi  PAS : 1,633,389 undi (sumber wikipedia/Bernama)


PAS : 2,133,944 undi  PKR : 1,303,257 undi  DAP : 1,444,298 undi. (sumber Harakahdaily)

Itu baru dikira dari data undi yang Naib Presiden PAS syorkan, belum lagi diambil dari data undi sebenar iaitu

1,633,389 undi

Kalau dikira 30% dari jumlah undi di atas lari kepada Parti Amanah, maka undi PAS tinggal:

1,143, 372 undi sahaja.

Itu belum kira lagi pecahan peratus undi golongan muda dan golongan tua. Mungkin tahun ini majoriti golongan muda masih banyak yang sokong PAS. 

Tetapi jangan lupa, mereka rajin belek internet, suka cari fakta dan maklumat. Jadi perubahan fikrah dan sokongan akan tetap berlaku dikalangan pengundi muda dari PAS.

Adakah PAS sudah buat analisis pecahan ini? emmm......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan