Polemik baiah cerai taklik bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya belum reda apabila presiden parti Islam itu mendakwa, isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah.
Menulis dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Allah tidak akan menurunkan rahmatNya kepada mereka yang "membeli" semula perjanjian mereka denganNya.
Katanya, PAS mensyaratkan baiah, yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat, sekiranya ia tidak dipenuhi, yang ditegaskan dengan menyebut nama Allah sebagai saksinya.
"Ada negeri yang memasukkan talak taklik, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukannya sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah, walaupun tidak menyamainya.
"Bahkan para sahabat Nabi Muhammad bersumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu'.
"Kecintaan terhadap kedua-duanya tidak melebihi kecintaan kepada Allah dan Rasul, (ia) merupakan seni sastera Arab bagi mengukuhkan ucapan dan ikrar," katanya dalam kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Hadi menegaskan yang kesetiaan kepada "perjuangan Islam" mengatasi kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan pihak lain.
"Tahaluf siyasi dengan pihak lain yang termasuk dalam perkara strategi, tidak boleh mengatasi baah kesetiaan kepada akidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.
"Walaupun PAS berkali-kali menerima kekalahan pilihan raya kerana kemenangan akidah dan matlamat Islam memimpin negara, syariat Allah didaulatkan tidak boleh tunduk kepada hala tuju yang dikehendaki semua pihak walaupun rakan paling akrab," katanya.
Kenyataan ini dibuat sewaktu perbincangan tentang penubuhan pakatan baharu politik pembangkang di antara PAS, DAP, PKR dan Amanah – yang dianggotai bekas ahli politik PAS – hangat berlangsung. -TMI
Ulasan
Ada beberapa perkara yang boleh dihujahkan pada kenyataan Hadi di atas:
- Hadi menokok-tambah sendiri. Hadi menyebut, "isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah." Hadi cuba mencemarkan maruah kaum wanita dengan menafsir sendiri bahawa isteri akan naik maruahnya jika dicagarkan dalam baiah. - bab ni, wartawan kena tanya isteri-isteri Hadi sendiri.
- Hadi menyamakan sumpah baiah parti politik setarah sumpah baiah para sahabat. Hadi menyebut,"Bahkan para sahabat Nabi Muhammad bersumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu'." Dalam maksud tersirat, Hadi cuba memberitahu baiah PAS adalah 'sama' dengan baiah para sahabat. Sedarkah Hadi bahawa wadah yang dibawa beliau yang disebut-sebut 'jemaah' itu sebenarnya bukan 'jemaah' dalam erti kata sebenar. Jemaah apa yang mana perjuangannya perlu didaftarkan dengan negara sekular. Jika ROS tak lulus maka tak bolehlah diisytihar jemaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan