Ahad, 6 September 2015

Keluar PAS lagi: Kali ini PAS Sg Siput plak!

Hari-hari ada berita orang PAS keluar PAS dan masuk Parti Amanah. Kalau yang keluar tu ahli-ahli biasa, boleh lagi diterima. Tapi yang keluar majoritinya adalah YDP Kawasan sendiri dan AJK-AJK utama. Tak lama lagi kering lah PAS.

YDP PAS Sungai Siput Letak Jawatan Masuk Amanah


KENYATAAN MEDIA
5 September 2015

Setelah mengambil perkiraan daripada pelbagai aspek sama ada negatif dan positif, kami telah membuat keputusan meletakkan jawatan masing-masing.

Walaupun tindakan ini dilihat terlalu drastik, namun kami menganggap ia adalah langkah terbaik kepada PAS agar selesa dengan gerak kerjanya melalui pendekatan semasa yang diambil oleh parti itu.

Perletakan jawatan kami di dalam PAS juga memberi ruang kepada kami meneruskan perjuangan yang didokong selama ini melalui wadah yang lebih sesuai.

Kami melihat Parti Amanah Negara (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan yang baru ditubuhkan ini sesuai dengan fikrah perjuangan yang didokong selama ini.




Walaupun kami tidak lagi bersama PAS, diharap hubungan dan ukhwah sesama kami akan terus baik kerana matlamat perjuangan masih sama iaitu Islam, cuma melalui bahtera dan kaedah yang berbeza.

Istiqamah dalam perjuangan Islam

USTAZ ZULKIFLI BIN AHMAD
Yang Dipertua

ROSNI BIN ABU BAKAR
Timbalan Yang Dipertua

KUNJI BIN MOHAMED
Penolong Setiausaha

AZLANI NORMAN BIN BARI
Ketua Penerangan

IR HAJI MAZLAN OTHMAN
Ahli Jawatankuasa merangkap Mantan Calon DUN Lintang (PRU10,11 &13)

sumber: sisibukit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan