Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh. Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.
Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP. Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :
“PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan periuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara secular.”
“Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.
Nizar juga mendakwa pernyataan tersebut menuduh beliau sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik beliau dan cuba menyebarkan fahaman secular di dalam Negara ini dan di dalam PAS. Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan Defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.
Nizar menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negative dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut.
Malah menurutnya lagi, telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan berunsur fitnah tersebut untuk memburukan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.
Komen Mat Safian:
Kalau Sdr Razman gentlemen, dia kena jemput DS Nizar bermuzakarah, bukannya berseronok bantai orang lain kat depan wartawan. Cara terbaik ialah berdebat di depan orang awam, kalah menang tidak penting. Yang penting para pendengar sendiri akan menilai hujah-hujah kedua-duanya. Tapi berani ka....?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan