Ahad, 6 September 2015

AMANAH Perlu Terima PAS Sertai Pakatan 2.0



oleh Mat Safian

Sebelum ini, Sdr Hanipa Maiden ada menyarankan agar Pakatan Baharu yang bakal dibentuk tidak menjemput PAS bersama-sama. Beliau memberi penegasan tentang rekod pengkhianatan PAS terhadap Pakatan sendiri dalam beberapa siri pilihanraya.

Selain itu, beliau juga menegaskan kebimbangan tentang kemungkinan DAP sendiri akan serik dengan tingkah laku PAS yang lepas-lepas. Walaupun begitu, pandangan Hanipa ada hujahnya kerana masyarakat (khususnya yang pro-PR) masih lagi terluka dengan sikap PAS dalam PRU13 lepas termasuklah ketika Muktamar PAS ke-61.





Dalam membahas hujah saudara Hanipa itu, YB Khalid Samat menyatakan ia adalah pandangan peribadi dan saudara Hanipa mempunyai alasan-alasan yang kukuh terhadap kenyataannya.

Namun begitu, menurutnya, Parti Amanah Negara (AMANAH) perlu juga berlapang dada menerima penyertaan PAS dalam Pakatan Baharu. Dalam menegaskan kesediaan itu bagaimanapun, YB Khalid Samad menyarankan agar diletak syarat ketat terhadap PAS. Kemungkinan syarat itu sebagai satu benteng bagi menghalang PAS dari berpaling tadah buat kali kedua.

YB Khalid Samat: PAS perlu diletak syarat

Apakah rasional PAS bersama Pakatan Baharu?

Saya berpendapat, rasionalnya ialah kesediaan Pakatan Baharu menerima penyertaan PAS akan meningkatkan kredebiliti parti komponen lain seperti PKR, DAP dan Amanah. Masyarakat Malaysia sekarang yang sudah celik maklumat dan bersifat analitikal akan memberi penilaian yang positif khususnya kepada Amanah sendiri.

Apabila penyertaan itu berlaku, maka Presiden Amanah akan duduk semeja sama rata dengan Presiden PAS yang sebelum ini kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif seperti tolol, barua, agen dan sebagainya.

Mesyuarat bersama presiden-presiden PR2.0 ini akan dinanti-nantikan secara serius oleh seluruh masyarakat Malaysia yang sudah pun mengetahui betapa 'marahnya' Presiden PAS sebelum ini kepada golongan profesional PAS.

Memandangkan YB Khalid Samad telah mencadangkan agar syarat diletakkan kepada PAS, kemungkinan besar beberapa pimpinan PAS akan bertempiaran tidak menyetujui syarat-syarat tersebut. Kemungkinan berlaku tolak-menolak dan kelewatan membuat keputusan di antara pimpinan-pimpinan PAS kelak.

PAS dilihat akan terpecah kepada dua kelompok. Kelompok pertama, bersetuju dengan syarat baru yang dikenakan kerana mereka bimbang Kelantan jatuh ke tangan BN. Kelompok kedua, masih berkeras tidak mahu menyertai PR 2.0 kerana cuba memegang hujah bahawa PAS masih kuat dan mampu berjuang bersendirian.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan