Khamis, 17 September 2015
Pakatan Baharu Perlu Tawar Tempat Kepada PAS kerana ...
Kerana apa?
Kerana ia satu strategi politik bersifat 'body language' dalam komunikasi.
Bagaimana ia ditafsirkan sebagai body language? apa tujuannya?
Dalam konteks tawar-menawar tempat ini ialah seumpama seorang tuan rumah menjemput sebuah sepasang suami isteri yang mempunyai 20 anak. Walaupun suami isteri tadi masih berdiri di pintu dan tercegat nak putuskan sama ada nak masuk atau tidak, anak-anaknya yang kecil yang tak tahu apa akan melompat masuk dalam rumah tersebut setelah mendengar tuan rumah mempelawa masuk.
Memandangkan anak-anaknya ramai, 20 orang. Yang besar sikit mungkin tak berani nak masuk kerana ibu bapanya belum beri izin. Tapi yang kecil-kecil dan tak faham maksud 'menunggu keputusan' akan terus melompat masuk tambahan pula dilihatnya dalam rumah tu ada kawan-kawan sebaya yang satu sekolah.
Ibu bapa dengan anak 20 orang dengan pelbagai lapisan umur, mana nak larat control semuanya dalam satu masa.
Dalam situasi PAS kini
Dalam situasi sekarang, sama ada PAS masuk atau tidak dalam Pakatan Rakyat baru, ia tetap memenangkan kredibiliti PKR, DAP dan Amanah. Pemimpin tak masuk takpa, tapi sekurang-kurangnya ada ahli-ahli yang mula berbelah-bagi dan berbolak-balik ingin bersama-sama dalam perjuangan Pakatan Rakyat.
Sudah banyak penggal PAS, PKR dan DAP berkerjasama. Kesemua ahli dari ketiga-tiga parti sudah mengecapi kenangan manis, pahit dan suka duka bersama menghadapi kebobrokan UMNO. Sudah pasti mereka mahu kenangan manis lama berulang semula. Ia sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Adakah ada bukti ahli PAS tidak ikut arahan Pimpinan?
Ya, lihat sahaja PRK Permatang Pauh baru-baru ini. Lihat sahaja kerjasama ahli-ahli PAS, PKR dan DAP yang berkerumun mengawal peti undi palsu pada malam sebelum mengundi di Permatang Rawa, Bukit Indera Muda dan Permatang Pasir.
Lihat sahaja himpunan menyokong Kak Wan di tapak ekspo Seberang Jaya pada malam tu. Semua kaum memberi sokongan.
Walaupun PAS Pulau Pinang cuba hasut penyokongnya boikot PKR, tetapi ia tidak berhasil.
Sekiranya PAS tak bersetuju nak masuk Pakatan Baharu, apakah kesannya?
PAS mungkin akan ambil masa yang lama sedikit kerana kesemua pimpinan atasnya tak sebujur suara. Sorang cakap lain, sorang nak masuk, sorang kata suka duduk sorang-sorang, dan yang sorang lagi cakap sorang-sorang.
Kesannya, penyokong-penyokong PAS akan berpecah dua sebagaimana yang berlaku ketika Muktamar ke-61. Ramai terpinga-pinga apabila mengetahui barisan pimpinan idola mereka tersingkir dari kerusi pimpinan.
Akhirnya, penyokong bawahan akan bangkit menyalahkan pimpinan PAS sedikit demi sedikit.
Kesimpulan
Jangan pedulikan jawapan pimpinan PAS sama ada mereka nak masuk atau tidak dalam Pakatan Baharu. Yang penting, sediakan strategi PR 2.0 untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokongnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan