Selasa, 15 September 2015

Salah Tafsir Pimpinan PAS Terhadap Kelompok Progresif

oleh Mat Safian

Sebelum Muktamar ke-61 (Jun 2015), kemungkinan besar koloni PAS-UG menganggap bahawa 'kemuncak' kepada kejayaan mereka dalam menguasai keseluruhan bahtera PAS adalah dengan menewaskan golongan Progresif (Profesional/Ulama Pro TG Nik Aziz) dalam pemilihan tersebut.

Mereka mungkin menganggap selepas geng-geng progresif ditewaskan dari kerusi pimpinan, geng-geng ini akan duduk mencangkung di kerusi ahli dan menunduk tanda wala' kepada keputusan perhimpunan.

Tapi malangnya, telahan mereka meleset.

Rupa-rupanya golongan Ulama & Profesional yang progesif ini lebih cerdik dari yang disangka-sangka. Malahan koloni PAS-UG tidak dapat membaca dan mengukur kebijaksanaan kelompok ini.

Akhirnya terserlahlah kebodohan PAS-UG, mereka terpaksa pula diheret kepada masalah lain yang membuatkan seluruh pimpinan baru kelam-kabut memfatwa pelbagai kenyataan-kenyataan pelik dan ganjil.

Tuan Presiden dengan istilah-istilah kotornya, Naib Presiden pula tak sama kenyataan dengan Presiden dan Ketua Pemuda berpusing-pusing ayatnya hampir setiap hari.

Hikmah Kekalahan Golongan Progresif Dalam PAS

Hikmahnya telah nampak. Kita semua telah dinampakkan sejauh mana besarnya saiz kelompok PAS-UG yang berada dalam PAS. Berapa ramaikah mereka dan sejauh mana 'mesranya' mereka dengan UMNO.

Allah telah menampakkan keaiban pimpinan PAS yang berpura-pura warak sedikit demi sedikit. Allah aibkan mereka dengan kata-kata yang mereka keluarkan sendiri. Kata-kata mereka tak sepadan dengan pakaian yang dipakai.

Kata-kata mereka sangat buruk dan mengejutkan semua masyarakat termasuk penyokong UMNO sendiri.

Mereka terhina dengan kata-kata mereka setiap hari dan mereka tak sedar masyarakat semakin memandang hina keadaan mereka.

Hikmahnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk RAKYAT MALAYSIA sendiri. Jika TG Hadi Awang mengatakan PAS telah dibersihkan daripada pengkhianat selepas Muktamar ke-61 manakala saya ingin sebutkan bahawa...

Rakyat Malaysia telah dibersihkan 'pilihan' mereka menjelang PRU14 akan datang.

Jika hari ini atau akan datang sekalipun pada PRU14, ditakdirkan PAS menyertai Pakatan Baharu, sudah pasti tingkahlaku-tingkahlaku buruk pimpinan PAS-UG tetap dikenang dan majoriti masyarakat mahukan PAS dihukum atas pengkhianatannya selepas PR memerintah Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan