Selasa, 1 Disember 2015

Kem Rusila Pengkhianat PAS Yang Sebenar

Muktamar PAS ke-61, muktamar terakhir riawayat kem progresif.


SINOPSIS GERAKAN KUMPULAN RUSILA SEBOTAJ PAS DARI DALAM 
(kopi pes dari UAA Supporters dan Mountdweller.blogspot.my)

Penentangan terhadap sebarang kerjasama politik di antara pembangkang telah lama berlaku oleh kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila Terenganu(Hj Hadi). Sikap penentangan Hj Hadi dan kumpulannya di dalam PAS bermula semenjak zaman Asri Hj Muda lagi yang ketika itu di ketuai oleh Mustafa Ali selaku Ketua Pemuda PAS Pusat. 

Gerakan yang di ketuai oleh Mustafa Ali 1982 menyaksikan gerakan 'Marakbar Asri' berjaya menyingkirkan beliau dari PAS. Meskipun terdapat alasan yang munasabah kenapa Dato' Asri Hj Muda harus berundur, tetapi cara penentangan itu amat memalukan dan menjelekkan. 

Dato' Asri Muda

Pada 1986, sekali lagi kumpulan ini menjalankan penentangan terhadap CCC (Chinese Consultative Council) yang di asaskan oleh Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Terdapat banyak masalah yang berlaku di belakang tabir yang tidak ketahui umum. Kecewa dengan sikap keterlaluan kumpulan ini, Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa telah meletakkan jawatan tanpa diketahui ramai. 

TG Hj Yusof Rawa

Ucapan penutup Muktamar tahun tersebut di lakukan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Selepas Muktamar selesai, Almarhum Ustaz Fadhil Noor mengarahkan Cikgu Abdul Wahab Rahman(Kedah) bertemu dengan Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa agar menerima kembali jawatan Yang Dipertua Agung PAS(Presiden). Almarhum kembali bersetuju. 

Pada 1990, kumpulan ini kembali melakukan gerakan penentangan terhadap Tahaluf Siyasi yang di lakukan PAS bersama Parti Semangat 46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Kelantan tahun tersebut telah menyaksikan kerajaan BN tumbang dan Kelantan kembali di perintah oleh PAS. Gandingan mantap Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada ketika itu sukar di gugat oleh kumpulan Hj Hadi sehinggalah Parti Semangat 46 kembali ke pangkuan Umno 1995. 

Ust Fadhil Noor

TG Hj Hadi Awang (awal 80-an)

Pada 1999, selepas berjaya menawan hati para pengundi dengan 27 kerusi parlimen dan Terengganu berjaya diperintah oleh PAS melalui 'gelombang reformasi' yang di bawa oleh Anwar Ibrahim bersama Parti Keadilan(Keadilan) dan Democratic Action Party(DAP) di dalam gabungan Barisan Alternatif (BA), kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila kembali muncul mendesak. 

Kali ini mereka mendakwa gabungan ini (BA) telah menyebabkan PAS telah lari dari landasan kerana menggugurkan tuntutan Negara Islam. 2001, DAP terkeluar daripada BA yang di katakan tidak bersetuju dengan PAS. Yang tinggal kekal bergabung di dalam BA hanyalah dua parti iaitu Keadilan dan Pas. 

Pada 2004, hasilnya PRU-11, PAS mengalami kekalahan yang teruk dengan hanya tinggal 7 kerusi parlimen dan Terengganu kembali di rampas BN. 2008, DAP kembali menyertai PAS dan PKR untuk membentuk gabungan kerjasama yang di namakan Pakatan Rakyat(PR). Setelah PR berjaya menawan 5 buah negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang Selangor dan Kelantan, kumpulan ini cuba menggagaskan kerajaan perpaduan bersama UMNO-BN di Selangor dan Perak. Malangnya mengalami jalan buntu. 

Pada16 September 2008, cubaan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dengan penyertaan dari ahli parlimen BN telah di gagalkan sendiri oleh Hj Hadi. (Ketika itu terdapat berbelas MP Sabah Sarawak yang bersetuju berhijrah ke dalam PKR sehingga YB Bung Mokhtar terpaksa membuat perjumpaan tergempar untuk memujuk MP-MP tersebut).

Pada 2009, suatu Muktamar khas PAS di lakukan kemuncak dari kemarahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang di adakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak untuk menentukan halatuju PAS di persada politik Malaysia. Muktamar tersebut memutuskan untuk terus memperkukuhkan tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP serta menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO-BN. 

Kumpulan ini terdiam seketika, pun begitu masih berhubung dengan UMNO di dalam kelam(secara bersembunyi). 3 minggu sebelum PRU-13 2013, kumpulan ini kembali mencetuskan agenda Tengku Razaleigh Hamzah perlu di lantik sebagai Perdana Menteri sekiranya berpeluang memerintah Malaysia dengan sengaja mengenepikan sebarang keputusan bersama di dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 

Pada Ogos 2014, PAS berantakan gara-gara kumpulan ini menentang pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR sebagai Menteri Besar Selangor yang di sifatkan sebagai tidak betepatan dengan kehendak mereka. 

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan pada 25 Ogos 2014, Hj Hadi  mengesahkan pertemuan beliau dengan Azmin dalam usaha untuk membentuk kerajaan bersama UMNO di Selangor. Muktamar ke 60 di Batu Pahat, Johor mula memperlihatkan wajah sebenar Hj Hadi apabila menggelar 'barua dan broker' kepada yang bersama PKR di dalam isu Menteri Besar Selangor. 

Pada 12 Februari 2015, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah. Selang dua hari, Nasaruddin Md Isa mengeluarkan kenyataan hasil temubual Asroawani, menggesa agar isu Perpaduan/Kerjasama PAS-UMNO kembali di bincangkan. 

Pada Januari 2015, kumpulan ini mula menggerakkan jentera di peringkat cawangan dan kawasan untuk menghadapi Muktamar ke 61. Hasilnya mereka berjaya menggugurkan kesemua kumpulan progresif pemimpin tertinggi PAS ketika pemilihan. 

Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan tiada satu pun pemimpin progresif yang tertinggal melainkan Mazlan Aliman. Pembersihan secara besar-besaran telah berjaya di lakukan. Kenyataan Hj Hadi dan Harun Din berhubung isu 1MDB dan RM2.6 Billion wang masuk kedalam akaun Najib sudah cukup untuk memberi isyarat bahawa hubungan UMNO-PAS di tahap yang agak selesa. 

PAS kini sudah terkeluar dari Pakatan Harapan meskipun Azmin dan beberapa yang lain dari PKR masih mengharapkan PAS pulang ke pangkuan mereka. Dialog secara terbuka Husam Musa di Kota Bharu 13 November 2015 mengesahkan butir-butir lanjut kerjasama PAS-UMNO. 

Husam Musa mula membuka mata apakah hakikat yang sebenarnya telah berlaku. Kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila(Hj Hadi) kini menguasai PAS secara total. Hanya masa yang akan menentukan kerjasama politik PAS-UMNO. 

Biar pun begitu, kebanyakan mereka kini telah di telan masa. Kita nantikan episod yang seterusnya apakah agenda kumpulan ini di dalam membuat percaturan pentas politik PAS, berjaya atau mengalami kejatuhan PRU-14..? 1982~2015 adalah jangka masa yang agak panjang. Apa yang pasti mereka telah berjaya mengkucar-kacirkan PAS selama 33 tahun.

Isnin, 23 November 2015

HARAKAH mula tak laku! Orang-orang kuat HARAKAH dah lari..

Dulu aku kerap iklankan produk kesihatan kat Harakah. Depa caj elbih kurang RM4,000 utk full page berwarna. Org yg selalu aku hubungi ialah Hj Mokhtar. La ni tak iklan dah, sebab Harakah dah tak laku.



.......

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat. 



Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi. 

AHLI PAS ENGGAN BELI HARAKAH

Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai. 

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS. 

"Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor. 

Sebelum ini, salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin pernah mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu. 

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau. 

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri. 

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak awal tahun ini. 

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya. 

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik. 

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya. 

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam? 

Ishak turut mendedahkan kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS. - Greenboc.blogspot.my

Selasa, 17 November 2015

Senarai Pengkhianat Rakyat Pada Undi Tolak Bajet 2016

Senarai Pengkhianat dari PAS

Pada 16 NOV 2016 Parlimen telah mengadakan undian sokongan terhadap Bajet 2016 yang dibentangkan oleh NAJIB. Undi ini dijalankan untuk mengutip nama PENYOKONG dan TIDAK MENYOKONG bajet.

Dalam sejarah BN memerintah Malaysia, tiada mana-mana Bajet yang memperlihatkan menyebelahi rakyat. Maka wajib pembangkang sbg pembela rakyat undi menolak bajet. Walaupun akan kalah kerana bilangan tidak mencukupi, ia membuktikan kepada rakyat bahawa ahli parlimen pembangkan telah melakukan satu tugas moral di Parlimen.

Jika ada ahli pembangkang yang menyokong bajet (walaupun sesetengah guna istilah BERKECUALI), itulah pembangkan yang tidak pro-rakyat.

TIDAK HADIR (Sengaja tak mai)

1.  Hj Hadi Awang (Marang-Terengganu)
2.  Hj. Wan Hasan (Dungun-Terengganu)
3.  Ust Khairudin AtTakiri (Kuala Nerus-Terengganu)
4.  Ustz Siti Zailah (Rantau Panjang-Kelantan)

HADIR TAPI TAK UNDI (Menyokong Bajet Najib tp berselindung disebalik istilah Berkecuali)

1.  Takiyudin Hasan (Kota Bharu-Kelantan)
2.  Nik Beduh (Pasir Mas-Kelantan)
3.  Nasrudi Jokowi (Temerloh-Pahang)
4.  Idris Ahmad (Bukit Gantang-Perak)
5.  Izani Husin (Pengkalan Chepa-Kelantan)
6.  Ahmad Marzuki (Bachok-Kelantan)
7.  Che Rosli (Hulu Langat-Selangor)

AHLI PARLIMEN PAS YANG SOKONG TOLAK BAJET

1.  Mahfuz Omar (Pokok Sena-Kedah))
2.  Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian-Kelantan)
3.  Datuk Nik Mazian (Pasir Putih-Kelantan)

Ahad, 8 November 2015

Kronologi Krisis MB Selangor Khalid Ibrahim

Kronologi Krisis MB Selangor dalam PAS :  
23 Julai 2014 - Mesyuarat Pimpinan PR di Parlimen - Keputusan dicapai agar setiap parti membawa isu penolakan TSKI ke mesyuarat parti masing-masing (Presiden PAS tidak hadir mesyuarat)
25 Julai 2014 - Presiden PAS umum melalui media menyokong TSKI kekal. (Semua AJK PAS terkejut sebab tiada sebarang mesyuarat pun dipanggil untuk keputusan itu)
31 Julai 2014 - Rombongan PAS Pusat datang menghadap Presiden PAS, namun Presiden PAS tetap bertegas dengan keputusannya.  
10 Ogos 2014 - Rombongan PAS Pusat sekali lagi menghadap Presiden PAS untuk memujuk beliau mempercepatkan tarikh Mesyuarat agar ada satu keputusan rasmi dicapai. Juga ditolak Presiden PAS.
13 Ogos 2014 - 2 ADUN PAS isytihar sokong Pakatan Rakyat sekaligus menjadikan TSKI hilang sokongan majoriti.
17 Ogos 2014 - Mesyuarat PAS Pusat (Pagi) dengan kehadiran Presiden bersetuju mencalonkan Wan Azizah dan Azmin Ali. PAS tidak akan menuntut jawatan MB.... 
17 Ogos (Petang) Mesy PR. Azmin tarik diri daripada dicalonkan sebagai MB Selangor dan menyokong Azizah sebagai MB. Mesyuarat PR memutuskan hanya Azizah sebagai MB. Presiden PAS yang tidak hadir mesyuarat PR marah dengan keputusan PR tersebut.
Antara 18 Ogos - 24 Ogos - Presiden PAS berjumpa Azmin dan menawarkan cadangan pelan peralihan jawatan MB dan turut meminta Azmin masuk PAS dan menarik beberapa orang ADUN PKR masuk PAS dan membentuk kerajaan dengan sokongan 12 ADUN UMNO.
25 Ogos 2014 - Mesyuarat PAS Pusat - Seorang AJK PAS minta Presiden PAS mengesahkan khabar angin yang mengatakan beliau menawarkan Azmin dengan sesuatu tawaran. Presiden PAS mengakui dengan mengatakan " Kalau dia (PKR) boleh curi orang kita (2 ADUN PAS yang sokong PR) mengapa kita tidak boleh curi orang mereka." Presiden PAS mengubah pendirian tidak mahu hantar nama MB Selangor dan terpulang kepada Istana.
26 Ogos 2014 - Pihak Istana mahukan 3 nama. Tiada mesyuarat dibuat   Presiden PAS.   
2 September 2014 - Beberapa AJK Harian PAS Pusat dapat maklumat Presiden PAS telah menghantar 3 nama dan semuanya adalah ADUN PAS. Bantahan dibuat   
3 September 2014 - 3 Nama baru dihantar ke Istana, 1 ADUN PAS dan 2 ADUN PKR ( Bukan Wan Azizah mahupun Azmin Ali).   
7 September 2014 - Mesyuarat PAS Pusat ( Presiden PAS tidak hadir). Keputusan dicapai PAS tolak jawatan MB Selangor.

Sumber: malaysiawaves

Isnin, 26 Oktober 2015

Mungkinkah AMANAH akan buat strategi kejutan kepada PAS?

Aku dah lama dok agak, kalau PAS dok attack Amanah sampai hampir PRU14, mungkin Amanah kena buat strategi kejutan kpd PAS.

La ni mungkin pimpinan PAS dok seronok melompat-lompat sebab bila depa kutuk Amanah, puak2 pimpinan Amanah tak balas balik. Sebab tu yg makin menjadi-jadi pimpinan PAS dok buat keja bodo dok kutuk habis-habisan tu.

Aku cuma tunggu pimpinan Amanah buat satu dialog atau Forum atau Debat dengan pimpinan-pimpinan PAS. Masa tu, sakit la PAS nak jawab soalan dari golongan progresif.

Tambahan pulak yang jadi pendengar majoritinya ahli PAS. Ahli PAS ni aku tau sangat, la ni mungkin depa dok sokong tak ketahuan pimpinan Hj Hadi. Tapi kalau pimpinan Amanah bongkaq rahsia 'kerjasama' belakang tabir Hj Hadi dengan UMNO, mau meloncat-loncat ahli PAS kalau dengaq.

Syarat debat senang saja, JANGAN MENIPU. Pimpinan PAS agak pantang dengan syarat ni, depa dah jadi macam hantu raya takut ayat Al-Quran. Satu-satunya syarat yg depa takut ialah MENIPU.

Agaknya bila debat antara Amanah dan PAS nak diadakan?

Pengasas PAS Sabah Pun Masuk PAS, apa lagi mau cerita?

Pemimpin Pas Sabah sertai Amanah 

Seramai 40 orang pemimpin dan anggota Pas di Sabah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). 

Peralihan parti itu diketuai bekas Pesuruhjaya Pas Sabah dan pengasas awal Pas di Sabah, Hamzah Abdullah yang kini dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah. 

Borang keanggotaan menyertai parti Amanah diserahkan kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus di Sandakan pada Isnin.

“Antara anggota Pas yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan Pas Semporna, Mohd Shaman Palah,” kata Hamzah, lapor Bernama. 

Katanya, mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal dari Sabah yang menyertai Amanah. 

Pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi. -FMT

Ulasan

Pimpinan PASchai takdak kerja lain asyik dok kutuk Amanah. Kutuk UMNU tak pulak. Balik-balik modal yg dipakai ialah Amanah ikut telunjuk DAP. Cara cakap semua pimpinan PAS mmg ikut stail Hadi.

baca sini: AMANAH bergantung kepada DAP

Sabtu, 17 Oktober 2015

Kata-Kata Bongkak Pimpinan PAS

Selepas himpunan Fastaqim 60K yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ni, aku nampak pimpinan terasa sedikit 'semangat' dan 'bermotivasi'. Dengan kehadiran yang ramai memenuhi stadium tu, pimpinan PAS mungkin berasa lega.

Disebalik kelegaan tu, timbullah kebongkakan yang nyata. Muncullah kalimah-kaliah takabbur dan riak oleh ulama-ulama su' dalam PAS.

Di bawah ni ungkapan-ungkapan semasa berlangsungnya FASTAQIM 2015.

HADI AWANG :

"Bagi kita, parti AMANAH ini tak ada apa-apa cabaran yang besar pada PAS. PAS pernah hadapi cabaran yang lebih besar."

"Dengan AMANAH atau (Pakatan) Harapan ini terlalu kecil. Dengan Umno, BN kita pernah lawan."

USTAZ AZRIZAL (TIMB KETUA PEMUDA PAS)

"Merah takpa, asal jangan oren"

.............

Cuba PASchai buat FASTAQIM kat Kuala Lumpur atau Selangor. Boleh jalan ka?

Terbuktilah bahawa pimpinan PASchai diselubungi rasa benci dan dendam di dalam perjuangan mereka. Golongan macam nilah yang sanggup melihat umat seagama mati asalkan mereka bahagia..

Apa yang pimpinan PASchai takut sekarang ni?

Yang mereka takut ialah, bila PAN ajak berdebat atau bermuzakarah di depan penyokong PAS. Masa tu akan terbongkarlah strategi rahsia beberapa pimpinan PASchai yang cuba nak gabungkan UMNO dan PAS.

Selasa, 13 Oktober 2015

Amanah Perlu Teruskan Pamer Akhlak Terbaik Kepada Parti Lain

Tahniah PAN, teruskan tunjuk akhlak parti, jgn ikut style PAS yg makin lama makin tak berakhlak. Penyokong2 PAS dibutakan dgn tingkah laku tak berakhlak ulama-ulama mereka. 

PAN juga jgn amalkan politik dendam, itu yg paling penting! biar mereka (PAS) berdendam dan pamerkan dendam mereka kerana akhirnya ahli2 mereka akan sedikit demi sedikit mula sedar siapa sebenarnya musang berbulu ayam.

KUALA LUMPUR, 7 Oktober:

Pakatan Harapan (PH) meraih lebih RM40,000 menerusi majlis makan malam amal manakala pimpinannya bercakap mengenai kemungkinan pakatan itu akan menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau bersetuju dengan prinsip yang turut dikongsikan dengan DAP tidak menjadikan parti itu sebagai boneka DAP.

“Ia adalah berkenaan dengan prinsip, kita boleh memiliki prinsip yang sama dan ia tidak menjadikan kita sebagai boneka.

“Penubuhan parti politik baru berdasarkan prinsip yang dibawa,” katanya pada majlis makan malam amal Amanah, hari ini.

Ditanya mengapa majlis terbabit diadakan di Kuil Thean Hou, beliau berkata ia menjadikan Amanah lebih ‘Malaysia’ dengan berbuat demikian.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada sebarang isu mengenai sokongan terhadap undang-undang Syariah dalam PH kerana terdapat ‘salah faham’ berhubung undang-undang itu.

“Biasanya perundangan syariah hanya sempit kepada kanun keseksaan atau Hudud tetapi ia sebenarnya objektif kepada penguatkuasaan keadilan,” katanya.

Katanya, Amanah perlu disokong di atas prinsip Islamiknya.

“Anda menyokong kami berdasarkan pengakuan bahawa Islam akan merahmati kita semua.

“Kita akan membawakan Islam yang lebih inklusif, progresif. Islam yang adil kepada semua masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Seorang lagi AJK Pusat Amanah, Khalid Samad berkata, pengundi bukan Islam tidak perlu takut Amanah akan menjadi ‘satu lagi Pas’.

“Kami telah menunjukkan komitmen kepada prinsip PH terhadap keadilan dengan meninggalkan Pas, ia adalah bukti terbaik.

“Bukan mudah untuk meninggalkan Pas kerana saya bersama parti itu selama 32 tahun, sejak 1983.

“Banyak yang telah saya lalui bersama parti itu, saya pernah ditahan dibawah ISA, dipukul oleh polis ketika demonstrasi hingga tangan saya bengkak seminggu dan juga terkena gas pemedih mata di kepala,” katanya.

Katanya, pemimpin ini memainkan peranan penting dengan membawa parti tradisional seperti Pas ke arus perdana politik Malaysia.

“Tetapi sebaik sahaja Pas mungkir janji, tidak lagi berpegang kepada janji dalam kerjasama, mengkhianati parti komponen lain.

“Kami beralih daripada parti yang teruk kepada parti yang lebih teruk,” katanya.

Katanya, mereka meninggalkan parti itu kerana komited dengan prinsip PH.

“Jika akhirnya kami seperti Pas, maka tiada ertinya kami meninggalkan Pas,” katanya.

Selasa, 22 September 2015

Perbezaan Jumlah Undi BN dan PAKATAN

Data berdasarkan SPR dan Wikipedia bagi PRU13 (5 Mei 2013)

JUMLAH PENGUNDI 'BN'

5,237,699 orang

JUMLAH PENGUNDI 'PAKATAN'

5,623,984 orang

PRU14: PAS terlupa buat analisis 'Pecahan Undi'



Jika PAS merujuk data yang diyakininya, seperti yang dipamerkan oleh Naib Presiden PAS, Iskandar A. Samad, jadi PAS sudah terlupa bahawa partinya sudah berpecah dua (bukan bercerai, hanya orang2 takde syariat saja dok suka sebut cerai..cerai..talak..talak).

Kita ambil data Iskandar A. Samad iaitu PAS berasaskan PRU13. Baginya PAS mendapat:

2,133,944 undi

Iskandar terlupa, PAS dah berpecah dan wujud pula PARTI AMANAH NEGARA (PAN). Bukan setakat wujud, tetapi parti ni membawa penyokong-penyokongnya yang tersendiri.

PRU14: Perbezaan Sumber Data Undi Dari PAS

Dalam artikel dari blogger alHuseynn51, ada dinyatakan Naib Presiden PAS, Iskandar Samad membuat analisis komposisi undi PRU13. Tetapi analisis itu dilihat berbeza dgn data analisis dari Wikipedia.


Berdasarkan print screen di atas, beliau merumuskan PAS mendapat undi tertinggi.


Tetapi data dari Wikipedia ialah PAS mendapat 1,633,389 undi. Perbezaannya ialah 500, 555 undi. Memang banyak. Rujuk data pilihanraya di sini.

Persoalannya, dari mana data yg diambil beliau. Di dalam wikipedia juga menyebut, waktu kemaskini terakhir data pilihanraya tersebut ialah :

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 16:32, 15 Jun 2013

Jadi mengapa terlalu ketara besarnya data tersebut?

Naib Presiden PAS ambil dari mana? dari SPR ke?

PAKATAN HARAPAN : TERUSKAN AGENDA RAKYAT


Dengan terbentuknya Pakatan Harapan maka bersambunglah kembali wadah perjuangan yang ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat. Ia bukan sekadar wadah untuk rakyat yang mahukan UMNO-BN tumbang tetapi ia juga wadah utk rakyat yang mahu melihat 'api perkauman' tidak lagi dijadikan modal dalam meraih sokongan masyarakat.

.............

Dengan tertubuhnya Pakatan harapan yang merangkumi PKR, DAP dan AMANAH, adalah dijangka akan berlaku pergolakan dalam kerajaan Selangor tidak lama lagi. 

Ini adalah kerana Pakatan Rakyat yg disenandungkan oleh PAS selama ini sudah terkubur dengan resminya dengan kemunculan Pakatan Harapan. Bola dikaki PKR sekarang ini dan sedang berdepan di pintu gol lawan. 

PKR mesti tendang bola itu masuk ke pintu gawang kalau tidak mahu dilihat sebagai pemain kaki bangku oleh peminat yg sedang memerhatikannya.

Ahad, 20 September 2015

Tun M Mula Keluarkan Taring Sebenar!


lihat kenyataan penuh Tun M di sini 

Adakah ini taring sebenar Tun M?

Dengan mengatakan Najib boleh ditangkap di luar negara. Secara tak langsung membuktikan Tun M memang lebih cekap perundangan dari pasukan mastermind Najib. Dalam dok lama attack Najib dengan macam-macam skandal, kali ni rasanya 'attack' yang paling ganas.

Perkataan 'ditangkap' tak mudah dikeluarkan oleh Tun M. Sebelum ni, beliau hanya guna nama dia saja untuk ditangkap. Dia pi BERSIH 4, dia sua diri untuk ditangkap, dia merendah-rendahkan dirinya supaya Najib mudah tankap.

Tapi nampaknya, Tun M dah buktikan dia tak nyanyuk. Dia buktikan dia lebih ganas.

Bila Tun M bagi jaminan berbentuk 'kemungkinan', ia bukan lagi 50-50, ia dah capai 80-20. Kita mungkin boleh faham Datuk Khairuddin dah ditangkap, ia seolah-olah tindakan segera dari Tun M untuk menyelamatkan orang-orangnya yang sedang berkerja.

Jika Tun M kata Najib boleh ditangkap di luar negara, jangan haraplah Najib tak kecut perut.

Sape tak kenal Tun M, anak didik Henry Kissinger. Rakan baik Amerika sejak 1960-an lagi.

Habislah ko Najib!

Ulama Jadian Dalam PAS?

BENARKAH RAMAI ULAMA JADIAN DALAM PAS? 

oleh Ustaz  Redzuan Abu Bakar (Dehrang, Kedah)

Seawal penubuhannya, Pas dicadangkan dengan nama Persatuan Ulama, tetapi dengan beberapa perkiraan dan bacaan 'tawaqqu' pada waktu itu, akhirnya Pas dikenali sebagai Persatuan Islam yang mengandungi Dewan Ulama yang bertindak sebagai 'pengawal selia' Pas supaya tidak lari dari dasar Islam yang diperjuangkan. 

Pada 1982, berlaku era kepimpinan ulama, maka ramailah para lulusan pengajian Islam menyertai kepimpinan Pas dipelbagai peringkat, kerana ingin dilihat sebagai 'ulama' samaada secara sedar atau tidak. 

Gelaran 'Ustaz' (tiada masaalah untuk digunakan, cuma dengan waqi Malaysia, Ustaz dirujuk kepada lulusan pengajian Islam @ agamawan) telah diswastakan dan digunakan dengan meluas dalam masyarakat Pas, asal jadi pimpinan, pakai jubah dan serban terus dipanggil Ustaz (lebih parah lagi, ada yang naik pangkat dipangggil Tuan Guru pulak)... 

Budaya menyamar ini makin bertambah parah apabila permintaan ulama dalam Pas melebihi penawaran apabila Ulama diturunkan keperingkat kawasan, maka lahirlah banyak ulama-ulama segera yang akan menghadiri Muktamar Ulama sebagai perwakilan yang akhirnya membuat keputusan "Ulama bersetuju sebulat surat" sedangkan ada di kalangan perwakilan itu hanya pemakai jubah dan penyamar ulama sahaja. 

Lebih parah lagi, apabila ada di kalangan para pelakon Ulama ini mula memengang "tongkat" dan "perasan" ulama mula mengeluarkan pelbagai fatwa, lalu "mereka sesat dan menyesatkan". 

Kalau tidak diusahakan untuk menyedarkan ummat tentang bahaya golongan ini (dalam istilah hadith disebut Luka' bin Luka') yang makin ramai dalam Pas, maka ajal PAS akan datang dengan kedurjanaan dan lakonan para "Ulama" jadian dan Luka' bin Luka'.

lihat sini

Ulasan Mat Safian

Ulama jadian memang wujud. Ia wujud selepas era Reformasi Anwar Ibrahim 1998. Masa tu PAS pun naik saham walaupun asalnya tak berapa popular, hanya di Kelantan sahaja. Reformasi DSAI telah membawa masyarakat Melayu-Islam mengenali PAS dan corak ceramah agama mereka.

Ramai yang tertarik tambahan pula dgn gaya penyampaian Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Masa tu, penceramah-penceramah agama tak berapa top. Masa nilah ulama-ulama jadian yang kaki cari makan di masjid timbul macam cendawan.

Asal pandai sebut hadith 2-3 buah, terus orang sebut ustaz. Maka naiklah segala bulu ketiak penceramah tersebut.



Baiah Talak Angkat Kedudukan Isteri? Apa pula kata Muslimat PAS?

Hadi dakwa baiah cerai angkat kedudukan isteri dalam perjuangan Islam 

Polemik baiah cerai taklik bekas pemimpin PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) nampaknya belum reda apabila presiden parti Islam itu mendakwa, isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah. 

Menulis dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Allah tidak akan menurunkan rahmatNya kepada mereka yang "membeli" semula perjanjian mereka denganNya.

Katanya, PAS mensyaratkan baiah, yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat, sekiranya ia tidak dipenuhi, yang ditegaskan dengan menyebut nama Allah sebagai saksinya.

"Ada negeri yang memasukkan talak taklik, bukan bermakna merendahkan isteri, sebaliknya meninggikan kedudukannya sehingga dimasukkan bersama kecintaan kepada Allah, walaupun tidak menyamainya.

"Bahkan para sahabat Nabi Muhammad bersumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu'.


"Kecintaan terhadap kedua-duanya tidak melebihi kecintaan kepada Allah dan Rasul, (ia) merupakan seni sastera Arab bagi mengukuhkan ucapan dan ikrar," katanya dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Hadi menegaskan yang kesetiaan kepada "perjuangan Islam" mengatasi kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan pihak lain.

"Tahaluf siyasi dengan pihak lain yang termasuk dalam perkara strategi, tidak boleh mengatasi baah kesetiaan kepada akidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.

"Walaupun PAS berkali-kali menerima kekalahan pilihan raya kerana kemenangan akidah dan matlamat Islam memimpin negara, syariat Allah didaulatkan tidak boleh tunduk kepada hala tuju yang dikehendaki semua pihak walaupun rakan paling akrab," katanya.

Kenyataan ini dibuat sewaktu perbincangan tentang penubuhan pakatan baharu politik pembangkang di antara PAS, DAP, PKR dan Amanah – yang dianggotai bekas ahli politik PAS – hangat berlangsung. -TMI 


Ulasan

Ada beberapa perkara yang boleh dihujahkan pada kenyataan Hadi di atas:

  • Hadi menokok-tambah sendiri. Hadi menyebut, "isteri yang "dicagarkan" dalam perjanjian politik itu sebenarnya diangkat taraf bersama kecintaan kepada Allah." Hadi cuba mencemarkan maruah kaum wanita dengan menafsir sendiri bahawa isteri akan naik maruahnya jika dicagarkan dalam baiah. - bab ni, wartawan kena tanya isteri-isteri Hadi sendiri.
  • Hadi menyamakan sumpah baiah parti politik setarah sumpah baiah para sahabat. Hadi menyebut,"Bahkan para sahabat Nabi Muhammad bersumpah dengan menyebut 'demi ayah dan ibu'." Dalam maksud tersirat, Hadi cuba memberitahu baiah PAS adalah 'sama' dengan baiah para sahabat. Sedarkah Hadi bahawa wadah yang dibawa beliau yang disebut-sebut 'jemaah' itu sebenarnya bukan 'jemaah' dalam erti kata sebenar. Jemaah apa yang mana perjuangannya perlu didaftarkan dengan negara sekular. Jika ROS tak lulus maka tak bolehlah diisytihar jemaah.

Satu Cabaran: Hadi Perlu Umumkan Baiah Baru



Adakah Ulama PAS berani membuat surat baiah baru?

Ada beranikah beliau?

Apabila pimpinan PAS masih memainkan isu baiah dan talak, maka ia sudah membuktikan bahawa pemimpin PAS itu telah diresapi penyakit takabbur yang teruk. Ia mungkin juga sudah dibaluti sifat riak dan bongkak yang melampau sehingga mencemaskan beberapa pimpinan PAS lain.


Sabtu, 19 September 2015

PAS Tolak Sertai Pakatan Baharu, Mudahkan Kerja AMANAH, DAP & PKR



Syabas! memang memudahkan kerja PR2.0. Biar rakyat Malaysia dan ahli2 PAS sendiri tahu, bhw PKR, DAP & Amanah bukannya jenis 'kawan khianat kawan'. TGHH dah membuktikan halatuju PAS yang sebenar. Jd, pimpinan PAS yg lain jangan dok pujuk2 DAP berubah hati lagi.

.........................

Parti Amanah Negara di dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa keputusan PAS untuk tidak bersama dalam Pakatan 2.0 dan hanya akan bekerjasama dengan PKR akan memudahkan untuk Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0 


Khamis, 17 September 2015

Pakatan Baharu Perlu Tawar Tempat Kepada PAS kerana ...




Kerana apa?

Kerana ia satu strategi politik bersifat 'body language' dalam komunikasi.

Bagaimana ia ditafsirkan sebagai body language? apa tujuannya?

Dalam konteks tawar-menawar tempat ini ialah seumpama seorang tuan rumah menjemput sebuah sepasang suami isteri yang mempunyai 20 anak. Walaupun suami isteri tadi masih berdiri di pintu dan tercegat nak putuskan sama ada nak masuk atau tidak, anak-anaknya yang kecil yang tak tahu apa akan melompat masuk dalam rumah tersebut setelah mendengar tuan rumah mempelawa masuk.

Memandangkan anak-anaknya ramai, 20 orang. Yang besar sikit mungkin tak berani nak masuk kerana ibu bapanya belum beri izin. Tapi yang kecil-kecil dan tak faham maksud 'menunggu keputusan' akan terus melompat masuk tambahan pula dilihatnya dalam rumah tu ada kawan-kawan sebaya yang satu sekolah.

Ibu bapa dengan anak 20 orang dengan pelbagai lapisan umur, mana nak larat control semuanya dalam satu masa.


Selasa, 15 September 2015

Salah Tafsir Pimpinan PAS Terhadap Kelompok Progresif

oleh Mat Safian

Sebelum Muktamar ke-61 (Jun 2015), kemungkinan besar koloni PAS-UG menganggap bahawa 'kemuncak' kepada kejayaan mereka dalam menguasai keseluruhan bahtera PAS adalah dengan menewaskan golongan Progresif (Profesional/Ulama Pro TG Nik Aziz) dalam pemilihan tersebut.

Mereka mungkin menganggap selepas geng-geng progresif ditewaskan dari kerusi pimpinan, geng-geng ini akan duduk mencangkung di kerusi ahli dan menunduk tanda wala' kepada keputusan perhimpunan.

Tapi malangnya, telahan mereka meleset.

Rupa-rupanya golongan Ulama & Profesional yang progesif ini lebih cerdik dari yang disangka-sangka. Malahan koloni PAS-UG tidak dapat membaca dan mengukur kebijaksanaan kelompok ini.

Akhirnya terserlahlah kebodohan PAS-UG, mereka terpaksa pula diheret kepada masalah lain yang membuatkan seluruh pimpinan baru kelam-kabut memfatwa pelbagai kenyataan-kenyataan pelik dan ganjil.

Tuan Presiden dengan istilah-istilah kotornya, Naib Presiden pula tak sama kenyataan dengan Presiden dan Ketua Pemuda berpusing-pusing ayatnya hampir setiap hari.

Hikmah Kekalahan Golongan Progresif Dalam PAS

Hikmahnya telah nampak. Kita semua telah dinampakkan sejauh mana besarnya saiz kelompok PAS-UG yang berada dalam PAS. Berapa ramaikah mereka dan sejauh mana 'mesranya' mereka dengan UMNO.

Allah telah menampakkan keaiban pimpinan PAS yang berpura-pura warak sedikit demi sedikit. Allah aibkan mereka dengan kata-kata yang mereka keluarkan sendiri. Kata-kata mereka tak sepadan dengan pakaian yang dipakai.

Kata-kata mereka sangat buruk dan mengejutkan semua masyarakat termasuk penyokong UMNO sendiri.

Mereka terhina dengan kata-kata mereka setiap hari dan mereka tak sedar masyarakat semakin memandang hina keadaan mereka.

Hikmahnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk RAKYAT MALAYSIA sendiri. Jika TG Hadi Awang mengatakan PAS telah dibersihkan daripada pengkhianat selepas Muktamar ke-61 manakala saya ingin sebutkan bahawa...

Rakyat Malaysia telah dibersihkan 'pilihan' mereka menjelang PRU14 akan datang.

Jika hari ini atau akan datang sekalipun pada PRU14, ditakdirkan PAS menyertai Pakatan Baharu, sudah pasti tingkahlaku-tingkahlaku buruk pimpinan PAS-UG tetap dikenang dan majoriti masyarakat mahukan PAS dihukum atas pengkhianatannya selepas PR memerintah Malaysia.

AMANAH Mendokong Gagasan Politik Islam

oleh Abd Shukor Harun



Pelancaran rasmi parti politik baharu bernuansa Islam – Parti Amanah Negara atau singkatnya Amanah – esok, 16 September, mempunyai makna penting dan tersendiri bukan saja dalam sejarah politik tanah air, tetapi juga apa yang dinamakan politik Islam.

Parti Amanah ini sedang dalam proses untuk didaftarkan.

Selepas menekuni dari dekat kemunculan parti baharu ini, saya menyimpulkan beberapa hal.

Pertama, walaupun ia tidak mendakwa sebagai Harakatul Islam atau gerakan Islam, tetapi misi dan visi parti baharu ini menampilkan sebuah cita-cita besar untuk menjadi bukan saja sebagai parti Islam yang inklusif, tetapi juga sebagai sebuah pertubuhan Islam moden yang memenuhi citarasa masyarakat majmuk negara ini. Kedua, jika wawasan Amanah ini berhasil, maka ia akan mengukir sejarah umah, sekurang-kurangnya di rantau ini,  ia akan menjadi parti politik Islam dan dakwah yang merentasi bukan saja batas kaum dan agama tetapi juga batas geografi.


PAS Jual Nama Hasan Al-Bana Untuk Kawal Penyokong

Adakah Presiden AMANAH sengaja nak suruh Presiden PAS menyalak ke apa? 

Mat Sabu kata, lebih 100,000 orang termasuk anggota PAS akan menyertai parti itu menjelang hujung tahun ini.  Baca lagi di sini 

Sebelum pengumuman ini pun PAS sudah cukup menggelabah kerana sambutan ramai terhadap parti baru ini. Lantaran itu, PAS telah membuat hebahan yang kononnya PAS semakin mendapat sambutan. Beribu-ribu ahli baru diterima masuk menjadikan PAS semakin kuat, kata presidennya. 

Namun, sejak parti baru AMANAH (parti Pekerja) resmi diwujudkan pada 31 Ogos lalu, berbondong-bondong ahli PAS mengisytiharkan diri keluar parti PAS dan masuk parti baru.   

Walaupun PAS telah mengambil langkah awal untuk membendung ahlinya dari lari dengan melakukan Kempen Perbaharui Bai'ah Ahli sejak awal Ogos yang lalu, PAS ternyata gagal dalam usahanya itu kerana semakin ramai yang keluar untuk menyertai AMANAH sebagaimana yang presiden Amanah umumkan. 




Saya agak berasa musykil dengan Kempen Perbaharui Baiah PAS ni yang menggunakan buku Asy-Syahid Hasan Al-Banna - Risalah Rukun Bai'ah

Kalau mereka benar-benar ikuti prinsip yang ke-20 asy-Syahid, kenapa puak-puak wala'un ni celupar sangat mentakfir dan melabel orang lain? 

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata:  


"Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya".  

1. Faham.            
6. Taat 
2. Ikhlas.             
7. Tetap pendirian 
3. Amal.              
8. Tegas 
4. Jihad.              
9. Persaudaraan 
5. Berkorban.      
10. Percaya  

Kemudian asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna mentafsirkan rukun-rukun di atas itu satu persatu. Dalam rukun pertama, 'Faham' asy-Syahid telah mengupas secara ringkas melalui dua puluh usul (prinsip) yang ditetapkan. 

Prinsip yang ke -20 Beliau menyatakan:   

1.20- "Janganlah saudara mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadat dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya serta menunaikan perkara-perkara yang diwajibkan sama ada kerana ia berpegang kepada pendapat tertentu atau melakukan maksiat - kecuali ia sendiri berikrar dengan mengakui kekufuran atau melakukan sesuatu perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan lagi kecuali dengan makna kufur."  

Rukun ke 9. Persaudaraan (Ukwah) sebegitu luas diperbincangkan, tidak mungkin wala'un sanggup melabel gelaran yang buruk-buruk saperti babi, anjing, barua ....     

Yang demikian itulah rukun 'Faham' as-Syahid meletakkannya sebagai rukun pertama supaya kita ambil peduli, bahawa setakad hafalan dan berilmu, adalah tidak memadai kalau ianya tidak difahami. Apa yang saya tahu, PAS sudah lama meninggalkan  Risalah Rukun Bai'ah dalam modul pentarbiyahan mereka.Tidak sebagaimana kami diawal 80-an dahulu...

sumber : AlHusseyn51

Isnin, 7 September 2015

Kepimpinan Kerajaan Kelantan Bertambah Teruk, Penuh Dengan Saman!

Sehingga sekarang masih ada mangsa banjir Kelantan yang tinggal di khemah. Tapi menteri besar Kelantan tak habis-habis dok promote Kelantan kepimpinan Islam. Memang tak malu. 
(gambar: malaysiainsider.com)


oleh Mat Safian

Kerajaan Kelantan pimpinan Ustaz Ahmad Yaakob ternyata gagal dan berprestasi buruk. Tidak pasti sama ada disebabkan kecetakan ilmu pengurusan atau memang tak layak jadi menteri tetapi berpura-pura layak. Bahasa mesranya ialah bodoh sombong.

Disini saya ringkaskan kes-kes yang diutarakan oleh MSO.


Tanda-Tanda PAS Tidak Mahu Bersama Pakatan 2.0


Akhbar Sinar, 7 Sept 2015 melaporkan kepimpinan PAS melalui presidennya menyatakan parti itu akan meletakkan calonnya di setiap kerusi yang ditandingi DAP. Malah, PAS juga menyebut bahawa parti itu akan meletakkan calon berbangsa Cina dari DHPP bagi berlawan dengan calon DAP. Sumber

Dalam blog alHusseyn51 memberi komen bahawa..

Terbukti bahawa Hj Hadi semakin mengarut kebelakangan ini. Kalau ada wala'un yang nak marah sebab saya kata gitu, marahlah. Tidak ada orang yang waras pemikiran dan perkiraannya akan berkata seperti apa yang diucapkan.

Nampaknya kini Hj Hadi meletakan DAP sebagai musuh utamanya.Bukan lagi Umno sebagaimna lazimnya. Inilah perubahan ketara perjuangan PAS.   Sememangnya PAS sudah banyak berubah sejak pemergian almarhum Tuan Guru Nik Aziz.Almarhum adalah satu-satunya tokoh yang sangat kuat menentang Hj Hadi yang kemaruk sangat mahu bersama Umno.  

TGNA menolak cadangan kerajaan campuran dengan BN Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar 2008 di Ipoh.

baca lagi di sini.

Ulasan 

Apabila Presiden PAS sendiri menyatakan mereka akan memerangi setiap kerusi yang ditandingi DAP maka terbuktilah secara zahir dan batin apa yang menjadi tanda-tanya selama ini, iaitu tentang adakah PAS akan menyertai PAKATAN 2.0 atau tidak.

Ternyata ia TIDAK akan menyertai gabungan baharu bersama PKR, DAP dan Amanah kerana di dalam gabungan baharu ada DAP. Hal ini sudah pasti menjadi tamparan juga kepada PKR dan DS Anwar Ibrahim yang cuba berlapang dada dengan PAS sebelum ini dalam soal pembentukan gabungan baru bagi menghadapi PRU14.

Akan ada beberapa persoalan tentang tindakan PAS di atas:

1) Sudahkah golongan Ulama' (kononnya) di atas membuat kira-kira statistik penduduk Malaysia berdasarkan laporan perangkaan negara terkini?

2) Sudahkah mereka mengkaji faktor-faktor kekalahan dan kemenangan mereka pada pilihanraya-pilihanraya yang lalu?

3) Adakah keputusan ini dipersetujui oleh kepimpinan-kepimpinan lain?

4) Adakah mereka ingat dengan meletakkan calon Cina dari DHPP akan berjaya mengalahkan calon DAP? Tidakkah mereka tahu bangsa Cina lebih bijak berpolitik.


Ahad, 6 September 2015

Keluar PAS lagi: Kali ini PAS Sg Siput plak!

Hari-hari ada berita orang PAS keluar PAS dan masuk Parti Amanah. Kalau yang keluar tu ahli-ahli biasa, boleh lagi diterima. Tapi yang keluar majoritinya adalah YDP Kawasan sendiri dan AJK-AJK utama. Tak lama lagi kering lah PAS.

YDP PAS Sungai Siput Letak Jawatan Masuk Amanah


KENYATAAN MEDIA
5 September 2015

Setelah mengambil perkiraan daripada pelbagai aspek sama ada negatif dan positif, kami telah membuat keputusan meletakkan jawatan masing-masing.

Walaupun tindakan ini dilihat terlalu drastik, namun kami menganggap ia adalah langkah terbaik kepada PAS agar selesa dengan gerak kerjanya melalui pendekatan semasa yang diambil oleh parti itu.

Perletakan jawatan kami di dalam PAS juga memberi ruang kepada kami meneruskan perjuangan yang didokong selama ini melalui wadah yang lebih sesuai.

Kami melihat Parti Amanah Negara (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan yang baru ditubuhkan ini sesuai dengan fikrah perjuangan yang didokong selama ini.


AMANAH Perlu Terima PAS Sertai Pakatan 2.0



oleh Mat Safian

Sebelum ini, Sdr Hanipa Maiden ada menyarankan agar Pakatan Baharu yang bakal dibentuk tidak menjemput PAS bersama-sama. Beliau memberi penegasan tentang rekod pengkhianatan PAS terhadap Pakatan sendiri dalam beberapa siri pilihanraya.

Selain itu, beliau juga menegaskan kebimbangan tentang kemungkinan DAP sendiri akan serik dengan tingkah laku PAS yang lepas-lepas. Walaupun begitu, pandangan Hanipa ada hujahnya kerana masyarakat (khususnya yang pro-PR) masih lagi terluka dengan sikap PAS dalam PRU13 lepas termasuklah ketika Muktamar PAS ke-61.