Isnin, 23 November 2015

HARAKAH mula tak laku! Orang-orang kuat HARAKAH dah lari..

Dulu aku kerap iklankan produk kesihatan kat Harakah. Depa caj elbih kurang RM4,000 utk full page berwarna. Org yg selalu aku hubungi ialah Hj Mokhtar. La ni tak iklan dah, sebab Harakah dah tak laku.



.......

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat. 



Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi. 

AHLI PAS ENGGAN BELI HARAKAH

Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai. 

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS. 

"Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor. 

Sebelum ini, salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin pernah mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu. 

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau. 

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri. 

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak awal tahun ini. 

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya. 

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik. 

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya. 

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam? 

Ishak turut mendedahkan kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS. - Greenboc.blogspot.my

Selasa, 17 November 2015

Senarai Pengkhianat Rakyat Pada Undi Tolak Bajet 2016

Senarai Pengkhianat dari PAS

Pada 16 NOV 2016 Parlimen telah mengadakan undian sokongan terhadap Bajet 2016 yang dibentangkan oleh NAJIB. Undi ini dijalankan untuk mengutip nama PENYOKONG dan TIDAK MENYOKONG bajet.

Dalam sejarah BN memerintah Malaysia, tiada mana-mana Bajet yang memperlihatkan menyebelahi rakyat. Maka wajib pembangkang sbg pembela rakyat undi menolak bajet. Walaupun akan kalah kerana bilangan tidak mencukupi, ia membuktikan kepada rakyat bahawa ahli parlimen pembangkan telah melakukan satu tugas moral di Parlimen.

Jika ada ahli pembangkang yang menyokong bajet (walaupun sesetengah guna istilah BERKECUALI), itulah pembangkan yang tidak pro-rakyat.

TIDAK HADIR (Sengaja tak mai)

1.  Hj Hadi Awang (Marang-Terengganu)
2.  Hj. Wan Hasan (Dungun-Terengganu)
3.  Ust Khairudin AtTakiri (Kuala Nerus-Terengganu)
4.  Ustz Siti Zailah (Rantau Panjang-Kelantan)

HADIR TAPI TAK UNDI (Menyokong Bajet Najib tp berselindung disebalik istilah Berkecuali)

1.  Takiyudin Hasan (Kota Bharu-Kelantan)
2.  Nik Beduh (Pasir Mas-Kelantan)
3.  Nasrudi Jokowi (Temerloh-Pahang)
4.  Idris Ahmad (Bukit Gantang-Perak)
5.  Izani Husin (Pengkalan Chepa-Kelantan)
6.  Ahmad Marzuki (Bachok-Kelantan)
7.  Che Rosli (Hulu Langat-Selangor)

AHLI PARLIMEN PAS YANG SOKONG TOLAK BAJET

1.  Mahfuz Omar (Pokok Sena-Kedah))
2.  Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian-Kelantan)
3.  Datuk Nik Mazian (Pasir Putih-Kelantan)

Ahad, 8 November 2015

Kronologi Krisis MB Selangor Khalid Ibrahim

Kronologi Krisis MB Selangor dalam PAS :  
23 Julai 2014 - Mesyuarat Pimpinan PR di Parlimen - Keputusan dicapai agar setiap parti membawa isu penolakan TSKI ke mesyuarat parti masing-masing (Presiden PAS tidak hadir mesyuarat)
25 Julai 2014 - Presiden PAS umum melalui media menyokong TSKI kekal. (Semua AJK PAS terkejut sebab tiada sebarang mesyuarat pun dipanggil untuk keputusan itu)
31 Julai 2014 - Rombongan PAS Pusat datang menghadap Presiden PAS, namun Presiden PAS tetap bertegas dengan keputusannya.  
10 Ogos 2014 - Rombongan PAS Pusat sekali lagi menghadap Presiden PAS untuk memujuk beliau mempercepatkan tarikh Mesyuarat agar ada satu keputusan rasmi dicapai. Juga ditolak Presiden PAS.
13 Ogos 2014 - 2 ADUN PAS isytihar sokong Pakatan Rakyat sekaligus menjadikan TSKI hilang sokongan majoriti.
17 Ogos 2014 - Mesyuarat PAS Pusat (Pagi) dengan kehadiran Presiden bersetuju mencalonkan Wan Azizah dan Azmin Ali. PAS tidak akan menuntut jawatan MB.... 
17 Ogos (Petang) Mesy PR. Azmin tarik diri daripada dicalonkan sebagai MB Selangor dan menyokong Azizah sebagai MB. Mesyuarat PR memutuskan hanya Azizah sebagai MB. Presiden PAS yang tidak hadir mesyuarat PR marah dengan keputusan PR tersebut.
Antara 18 Ogos - 24 Ogos - Presiden PAS berjumpa Azmin dan menawarkan cadangan pelan peralihan jawatan MB dan turut meminta Azmin masuk PAS dan menarik beberapa orang ADUN PKR masuk PAS dan membentuk kerajaan dengan sokongan 12 ADUN UMNO.
25 Ogos 2014 - Mesyuarat PAS Pusat - Seorang AJK PAS minta Presiden PAS mengesahkan khabar angin yang mengatakan beliau menawarkan Azmin dengan sesuatu tawaran. Presiden PAS mengakui dengan mengatakan " Kalau dia (PKR) boleh curi orang kita (2 ADUN PAS yang sokong PR) mengapa kita tidak boleh curi orang mereka." Presiden PAS mengubah pendirian tidak mahu hantar nama MB Selangor dan terpulang kepada Istana.
26 Ogos 2014 - Pihak Istana mahukan 3 nama. Tiada mesyuarat dibuat   Presiden PAS.   
2 September 2014 - Beberapa AJK Harian PAS Pusat dapat maklumat Presiden PAS telah menghantar 3 nama dan semuanya adalah ADUN PAS. Bantahan dibuat   
3 September 2014 - 3 Nama baru dihantar ke Istana, 1 ADUN PAS dan 2 ADUN PKR ( Bukan Wan Azizah mahupun Azmin Ali).   
7 September 2014 - Mesyuarat PAS Pusat ( Presiden PAS tidak hadir). Keputusan dicapai PAS tolak jawatan MB Selangor.

Sumber: malaysiawaves