Selasa, 18 Ogos 2015
Pandangan Seorang Cina Muslim di NUNJI 15 anjuran GHB
oleh Sifu Nasir
SALAH satu ciri seorang pendakwah adalah umpama seorang restaurant critic (penilai restoran). Kita tidak taksub kepada mana-mana restoran, mana-mana menu. Amanah kita ialah kita cuba pelbagai restoran dan menu untuk menilai sejauh mana makanannya halalan dan tayyiban (berkhasiat).
"Gua mau pegi NUNJI 2015 lah? Itu GHB mau buat menu Nadwah al-‘Ulama Lin-Nahdah al-Jadidah," saya zahirkan niat saya.
"Xifu, ini konvensyen hanyalah propaganda sebuah parti politiklaah. Mesti promosi partinya dan mindset monokultural: masuk Islam, masuk Melayu!" sahabat Cina Muslim tidak setuju dengan niat saya.
Tiada seorang pun aktivis Cina Muslim yang mahu hadir! Tiada manfaat pun bagi seorang Cina Muslim kerana dia dah jemu dengan wacana Melayu-Islam.
Kita faham kalau Ulama Muda Umno hanya terdiri daripada pemikir Melayu sahaja kerana amanah Umno ialah membela Melayu. Tetapi yang regresifnya ialah apabila Pas yang memperjuangkan Islam For All meniru Umno kerana tiada seorang pun ulama atau tokoh pendakwah Cina Muslim dalam Majlis Syura Ulama Pas. Pas adalah parti yang bermindset Tuan Melayu juga, tetapi dibalut jenama ‘Islam’.
Tiada pun pelan Pas yang serius sejak 57 tahun lalu untuk melahirkan ulama Cina Muslim. Perspektif Cina Muslim hanya kasta bawahan walaupun Cina mempunyai saham terbesar dalam menjaga maslahat ekonomi Malaysia.
Yang kita belajar daripada Pas masa kini ialah ‘Lu barua’, ‘Lu kafir harbi’, ‘Lu pengkhianat’, ‘Lu murtad jemaah’, ‘Lu dengar, gua cakap’, ‘Lu mau hudud siku dan lutut kah’, ‘Lu pi talak isterilah!’
Ugutan, ancaman, hinaan bertubi-tubi dari sebuah parti yang menggelarkan dirinya ‘Jemaah Islam’. Dr Mujahid, Pengarah NUNJI berkata, ‘Islam itu ramah-ramah, bukan marah-marah’!
Maka, saya hadir sebagai restaurant critic atas jemputan Haji Kamal Koh, aktivis GHB. Di NUNJI, saya dikejutkan oleh mukadimah Dr Mujahid bahawa wacana kafir harbi / kafir dzimmi sudah tak realistik lagi.
Katanya, kita perlu Fiqh Malizi yang mengambil berat realiti multikultural dalam konteks Malaysia. Konsep ‘ummah’ perlu inklusif pelbagai budaya, bukan eksklusif untuk Muslim sahaja.
Dikejutkan juga oleh Dr Siddiq Fadhil yang mengusulkan bahawa fiqh perlu peka kaum. Mungkin sesuatu adalah halal bagi satu kaum tetapi haram bagi kaum yang lain seperti wujudnya madrasah ahli ra’yi dan ahli hadis.
Terkejut lagi apabila Mufti Pulau Pinang, SS Datuk Dr Wan Salim mengusulkan perlunya memudahkan Fiqh [taisir al-fiqh] untuk hadapi konteks masyarakat multikultural, bukan memberatkan mahupun meringankan.
Ustaz Ahmad Awang berjubah seperti seorang ulama konservatif. Tetapi wacana beliau tidak menakut-nakutkan dengan aspek Shari’ah-legalisma seperti hudud tetapi memprioritaskan imej Islam sebagai Rahmah Lil-‘aalamiin.
Syeikh Ferjani, aktivis politik Tunisia menekan bahawa melaksanakan hudud umpama berwuduk. Kalau kondisi-kondisi sosial tidak sesuai, jangan terburu-buru melaksanakan hudud. Bertayamumlah! Tetapi setiap orang Islam wajib menjaga maslahat negaranya. Berpolitik untuk menang khidmat, bukan menang kuasa.
Dr Maszlee pula mensyarahkan hadis bahawa Nabi SAW mengiktiraf sebarang ‘khair’ (kebaikan) walaupun Nabi tidak pernah sebut tentangnya. Kebaikan bersifat universal.
Bagi saya sebagai restaurant critic, apa yang ‘unsangkarable’ di NUNJI ialah saya tidak nampak taksub promosi parti. Ia mengetengahkan Islam, bukan parti, sebagai agenda utama.
Lagi ‘unsangkarable’ bagi saya ialah ulama-ulama Melayu di NUNJI berusaha keluar dari zon selesa monokultural. Mindset Melayu yang menganggap Islam sebagai hak milik Melayu adalah satu warisan psikologi yang sukar direntas. NUNJI adalah ‘restoran’ baharu yang ajak kita rasa menu multikultural yang halal.
Bagi mereka yang selama ini hanya rasa satu jenis menu masakan, maka mereka mungkin terbuka selera di NUNJI untuk cuba masakan budaya lain pula. Saya berharap NUNJI juga akan mengajak tokoh Cina Muslim pula untuk memberi syarahan utama tentang hala tuju wacana Islam.
Tokoh Melayu di NUNJI bukan sekadar bermindset Melayu, tetapi mereka berusaha memakai topi mindset Cina, India, Dayak, Kadazan untuk menghasilkan wacana Fiqh Maliziang pragmatis beyond politico-cultural partisanship dalam konteks Malaysia. Ini langkah pertama yang luar biasa.
Saya akan pergi lagi untuk makan!
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan, Persatuan Cina Muslim
Isnin, 17 Ogos 2015
PAS lebih bencikan GHB lebih dari DAP
Tak paham sungguh, apsal puak-puak UG dalam PAS ni anti sangat sahabat2 lama mereka yang sebangsa seIslam. Marah mereka melebihi marah kpd UMNO dan DAP. Tapi umum dah mengetahui, cita-cita sebenar utk bawa PAS bergabung dgn UMNO adalah hasil idea Haji Hadi sendiri sejak 2008 lagi. Idea ni pula dipatahkan oleh kelompok2 profesional PAS yg kini membentuk GHB.
Tolong ambil perhatian kepada wala'un PAS yang siang malam membebel dalam fesbuk suruh mereka yg join GHB keluar dari PAS. Haji Hadi sendiri pun kata dia gembira dan bahagia bila aktivis parti yang kebanyakannya terdiri dari kalangan professional digugurkan dan tersingkir keluar parti dan menganggapnya sebagai proses pembersihan....
PAS berahi sangat nak singkirkan keahlian mereka, tapi cuma cakap-cakap saja tanpa berani bertindak. Pada 8 Ogos lalu keluar kenyataan nak pecat...
Tapi setelah bermesyuarat pada 13 Ogos Nik Amar dan Setiuasaha PAS yg baru, Takiyudin baru nak kumpul maklumat ....baru ambil tindakan ....
Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.
Jadi , PAS tidak perlu bersusah payah kumpul maklumat ke benda. Tak perlulah nak buang masa buat mesyuarat mengenainya sebab GHB akan melancarkan Parti Amanah Rakyat atau “Amanah”, nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber parti yang berteraskan Islam itu.
Maka dengan itu, keahlian PAS mereka akan terbatal dengan sendiri. Gembiralah anda wala'un semua, bersama Hj Hadi!...
baca di sini..
Ahad, 16 Ogos 2015
**Pemimpin Yang Sanggup Berkorban Dibuang PAS, Pemimpin Pembodek Disanjung**
Dr. Hatta Ramli sehingga terkoyak bajunya dalam satu himpunan. Tapi Muktamar ke-61 memutuskan beliau sebagai salah seorang yang tidak layak memimpin.
Semua pemimpin ini dibuang oleh kumpulan PasNO (ulama PAS mesra UMNO).
Lagi gambar : lihat Greenboc
Sabtu, 15 Ogos 2015
Ustaz Hj Ahmad Awang Dilantik Sebagai Penasihat *HarapanBaru*
Komen: Menurut pemikiran ustaz-ustaz PasNO (ulama2 PAS mesra UMNO), GHB dihukum sbg tolak Hudud. Fitnah ini disebarkan kpd AJK-AJK peringkat cawangan seluruh Malaysia. Jika GHB tolak Hudud, program NUNJI yg dihadiri ustaz2 ni pulak utk apa?
Ketua Ittihad Ulamak Cawangan Malaysia, Ustaz Ahmad Awang dilantik sebagai Penasihat Umum Harapan Baru (GHB).
Perkara tersebut diumumkan pada sidang media selepas majlis perasmian sempena program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI15) anjuran GHB hari ini.
Ustaz Ahmad Awang sebelum itu diundang merasmikan NUNJI15 yang berlangsung di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), hari ini.
Dalam ucapannya, Ustaz Ahmad Awang berkata, NUNJI15 yang mengangkat konsep "Rahmatan Lil Alamin" sebagai tema, diharapkan dapat diterjemahkan dalam membimbing perjalanan politik di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.
Menurut beliau, para peserta diberi peluang untuk mendengar dan berdialog dengan para pembentang yang berwibawa dalam bidang masing-masing serta tokoh yang dikenali masyarakat.
"Kehadiran Nadwah ini tepat pada masanya untuk para peserta menghadam tajuk-tajuk besar yang berkaitan dengan Islam dan kenegaraan.
"Perbahasan dan perincian tajuk besar ini mempunyai implikasi terhadap bagaimana para pengamal politik Islam khususnya berfikir dan menterjemahkan dalam gerak kerja dalam menyampaikan mesej Islam dalam kerangka sebuah negara," katanya.
Beliau turut mengharapkan nadwah ini dapat menyumbang kepada pembentukan satu formula kerangka fiqh tempatan yang bersifat majmuk dan rencam pemikirannya.
"Fiqh Malaysia atau Fiqh Malayzi adalah sumbangan besar Malaysia ke alam Islam dan dunia dengan menjadikan prinsip syariah sebagai panduan utama jalan formulasinya," katanya.
Sumber gambar: tranungkite online
Langgan:
Ulasan (Atom)


