Isnin, 25 Julai 2016

Pembukaan Kepada Rahsia Penyelewengan Tanah Kelantan Oleh Pimpinan PAS

Ramai orang terkejut apabila membaca berita Yang di Pertua Pas Kawasan Rantau Panjang Abdul Fatah Haron telah mengemukakan injuksi ke atas syarikat Gelari Tani Sdn Bhd (356554-U) di mahkamah Tinggi Kota Bharu 13 Julai lepas.

Berita itu dilaporkan oleh media massa bersumberkan daripada Husam Musa. Husam ketika itu berarada di mahkamah sama kerana menjadi saksi dalam satu kes saman terhadap kerajaan Kelantan. Beliau menulis secara tidak langsung berhubung beberapa kes yang berjalan ketika itu.

Laporan di media sosial itu yang juga dipetik oleh media massa tidak meluas dan mendalam. Pembaca menganggap kes itu sebagai biasa sahaja. Orang tidak memahami kenapa Fatah tiba-tiba "naik angin" mengemukakan injuksi berkenaan. Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa Fatah menyaman orang separti dengannya, Parti Islam se Malaysia (Pas).

Dari cabutan di SSM, syarikat Gelari Tani Sdn Bhd ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, menyebut bidang perniagaanya sebagai Property Investment dan Developer, ia dimiliki oleh tiga pemimpin Pas, Abdul Halim Abdul Rahaman, bekas TMB Kelantan yang juga Adun Kijang, (memegang syir sebanyak 330,000 unit, Mustapa Ali, bekas Setiasuasa Agung Pas kini Pengarah Pilihan Raya mememag (170,000 unit syir), manakala seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf berserta enam orang perempuan yang semua berbinti Wan Othman. Mereka dipercayai anak-anak kepada Wan Yusuf.

Wan Othman memegang syir sebanyak 50,000 unit manakala perempuan yang berbintinya masing-masing 75,000 unit.

Wan Othman merupakan bekas Adun Tendong dan juga bekas Bendahari Pas Kelantan. Beliau telah meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Lantaran itu umum masih kabur mengenai tindakan Fatah itu. Ia menghairankan kerana orang atau syarikat diinjuksi oleh Fatah itu adalah orang-orang kuat Pas, yang mengakui parti mereka memperjuangkan Islam dan mengharap syurga daripada Allah.

Jadi apa yang menarik dan memelikkan di sini, kenapa Fatah yang juga orang Pas menyaman orang Pas. Apakah kes membabitkan injuksi itu merupakan kes peribadi. Mari kita melihat ke dalam lagi mengenai kes ini selanjutnya.

Galari Tani SB sebuah syarikat berasaskan kepada pelaburan harta tanah dan developer. Ia ditubuhkan pada 23 Ogos 1995, yakni selepas lima tahun Pas berjaya memerintah Kelantan. Pas berjaya menumbangkan BN dan mula memerintah Kelantan pada tahun 1990. Ertinya syarikat itu didaftarkan lima tahun setelah Pas memegang tampok pemerintahan, dan dikala itu Abdul Halim adalah TMB I, Kelantan manakala Fatah sebagai Ketua Penerangan Pas Kelantan.

Dalam cabutan itu tidak menyebut aset yang dimiliki syarikat ini dan menunjukkan kedudukannya. Bagaimana pun dalam siasatan saya, (dan maklumat yang sampai) injuksi itu berhubung pertikaian sebidang tanah berkeluasan 200 ekar. Seperti mana disebut Husam, injuksi itu mengenai tanah milik peribadi dan tidak ada kena mengena dengan Pas.

Jika ia semata-mata milik peribadi, macam mana Fatah boleh campur tangan? Apakah lokas standi (hak) yang ada kepada Fatah. Ini yang menjadi misteri dan tanda tanya. Kemungkinan tanah itu bertindeh haki milik antara individu dengan parti?

Sementara itu apa yang dipastikan kedudukan tanah menjadi rebutan itu ialah di pinggir Lebuh Raya Pair  Mas - Rantau Panjang, berdekatan dengan Kolej Komuniti dan bertentangan dengan padang ragut yang terletak di sebelah kanan menghala ke Rantau Panjang. Menurut harga pasaran semasa tanah itu bernilai antara RM100,000 hingga RM130,000 seekar?

(Source) http://msomelayu.blogspot.my/2016/07/kenapa-fatah-kemuka-injuksi-terhadap.html

Selasa, 1 Disember 2015

Kem Rusila Pengkhianat PAS Yang Sebenar

Muktamar PAS ke-61, muktamar terakhir riawayat kem progresif.


SINOPSIS GERAKAN KUMPULAN RUSILA SEBOTAJ PAS DARI DALAM 
(kopi pes dari UAA Supporters dan Mountdweller.blogspot.my)

Penentangan terhadap sebarang kerjasama politik di antara pembangkang telah lama berlaku oleh kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila Terenganu(Hj Hadi). Sikap penentangan Hj Hadi dan kumpulannya di dalam PAS bermula semenjak zaman Asri Hj Muda lagi yang ketika itu di ketuai oleh Mustafa Ali selaku Ketua Pemuda PAS Pusat. 

Gerakan yang di ketuai oleh Mustafa Ali 1982 menyaksikan gerakan 'Marakbar Asri' berjaya menyingkirkan beliau dari PAS. Meskipun terdapat alasan yang munasabah kenapa Dato' Asri Hj Muda harus berundur, tetapi cara penentangan itu amat memalukan dan menjelekkan. 

Dato' Asri Muda

Pada 1986, sekali lagi kumpulan ini menjalankan penentangan terhadap CCC (Chinese Consultative Council) yang di asaskan oleh Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Terdapat banyak masalah yang berlaku di belakang tabir yang tidak ketahui umum. Kecewa dengan sikap keterlaluan kumpulan ini, Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa telah meletakkan jawatan tanpa diketahui ramai. 

TG Hj Yusof Rawa

Ucapan penutup Muktamar tahun tersebut di lakukan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Selepas Muktamar selesai, Almarhum Ustaz Fadhil Noor mengarahkan Cikgu Abdul Wahab Rahman(Kedah) bertemu dengan Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa agar menerima kembali jawatan Yang Dipertua Agung PAS(Presiden). Almarhum kembali bersetuju. 

Pada 1990, kumpulan ini kembali melakukan gerakan penentangan terhadap Tahaluf Siyasi yang di lakukan PAS bersama Parti Semangat 46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Kelantan tahun tersebut telah menyaksikan kerajaan BN tumbang dan Kelantan kembali di perintah oleh PAS. Gandingan mantap Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada ketika itu sukar di gugat oleh kumpulan Hj Hadi sehinggalah Parti Semangat 46 kembali ke pangkuan Umno 1995. 

Ust Fadhil Noor

TG Hj Hadi Awang (awal 80-an)

Pada 1999, selepas berjaya menawan hati para pengundi dengan 27 kerusi parlimen dan Terengganu berjaya diperintah oleh PAS melalui 'gelombang reformasi' yang di bawa oleh Anwar Ibrahim bersama Parti Keadilan(Keadilan) dan Democratic Action Party(DAP) di dalam gabungan Barisan Alternatif (BA), kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila kembali muncul mendesak. 

Kali ini mereka mendakwa gabungan ini (BA) telah menyebabkan PAS telah lari dari landasan kerana menggugurkan tuntutan Negara Islam. 2001, DAP terkeluar daripada BA yang di katakan tidak bersetuju dengan PAS. Yang tinggal kekal bergabung di dalam BA hanyalah dua parti iaitu Keadilan dan Pas. 

Pada 2004, hasilnya PRU-11, PAS mengalami kekalahan yang teruk dengan hanya tinggal 7 kerusi parlimen dan Terengganu kembali di rampas BN. 2008, DAP kembali menyertai PAS dan PKR untuk membentuk gabungan kerjasama yang di namakan Pakatan Rakyat(PR). Setelah PR berjaya menawan 5 buah negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang Selangor dan Kelantan, kumpulan ini cuba menggagaskan kerajaan perpaduan bersama UMNO-BN di Selangor dan Perak. Malangnya mengalami jalan buntu. 

Pada16 September 2008, cubaan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara dengan penyertaan dari ahli parlimen BN telah di gagalkan sendiri oleh Hj Hadi. (Ketika itu terdapat berbelas MP Sabah Sarawak yang bersetuju berhijrah ke dalam PKR sehingga YB Bung Mokhtar terpaksa membuat perjumpaan tergempar untuk memujuk MP-MP tersebut).

Pada 2009, suatu Muktamar khas PAS di lakukan kemuncak dari kemarahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang di adakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak untuk menentukan halatuju PAS di persada politik Malaysia. Muktamar tersebut memutuskan untuk terus memperkukuhkan tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP serta menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO-BN. 

Kumpulan ini terdiam seketika, pun begitu masih berhubung dengan UMNO di dalam kelam(secara bersembunyi). 3 minggu sebelum PRU-13 2013, kumpulan ini kembali mencetuskan agenda Tengku Razaleigh Hamzah perlu di lantik sebagai Perdana Menteri sekiranya berpeluang memerintah Malaysia dengan sengaja mengenepikan sebarang keputusan bersama di dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 

Pada Ogos 2014, PAS berantakan gara-gara kumpulan ini menentang pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR sebagai Menteri Besar Selangor yang di sifatkan sebagai tidak betepatan dengan kehendak mereka. 

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan pada 25 Ogos 2014, Hj Hadi  mengesahkan pertemuan beliau dengan Azmin dalam usaha untuk membentuk kerajaan bersama UMNO di Selangor. Muktamar ke 60 di Batu Pahat, Johor mula memperlihatkan wajah sebenar Hj Hadi apabila menggelar 'barua dan broker' kepada yang bersama PKR di dalam isu Menteri Besar Selangor. 

Pada 12 Februari 2015, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah. Selang dua hari, Nasaruddin Md Isa mengeluarkan kenyataan hasil temubual Asroawani, menggesa agar isu Perpaduan/Kerjasama PAS-UMNO kembali di bincangkan. 

Pada Januari 2015, kumpulan ini mula menggerakkan jentera di peringkat cawangan dan kawasan untuk menghadapi Muktamar ke 61. Hasilnya mereka berjaya menggugurkan kesemua kumpulan progresif pemimpin tertinggi PAS ketika pemilihan. 

Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan tiada satu pun pemimpin progresif yang tertinggal melainkan Mazlan Aliman. Pembersihan secara besar-besaran telah berjaya di lakukan. Kenyataan Hj Hadi dan Harun Din berhubung isu 1MDB dan RM2.6 Billion wang masuk kedalam akaun Najib sudah cukup untuk memberi isyarat bahawa hubungan UMNO-PAS di tahap yang agak selesa. 

PAS kini sudah terkeluar dari Pakatan Harapan meskipun Azmin dan beberapa yang lain dari PKR masih mengharapkan PAS pulang ke pangkuan mereka. Dialog secara terbuka Husam Musa di Kota Bharu 13 November 2015 mengesahkan butir-butir lanjut kerjasama PAS-UMNO. 

Husam Musa mula membuka mata apakah hakikat yang sebenarnya telah berlaku. Kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila(Hj Hadi) kini menguasai PAS secara total. Hanya masa yang akan menentukan kerjasama politik PAS-UMNO. 

Biar pun begitu, kebanyakan mereka kini telah di telan masa. Kita nantikan episod yang seterusnya apakah agenda kumpulan ini di dalam membuat percaturan pentas politik PAS, berjaya atau mengalami kejatuhan PRU-14..? 1982~2015 adalah jangka masa yang agak panjang. Apa yang pasti mereka telah berjaya mengkucar-kacirkan PAS selama 33 tahun.

Isnin, 23 November 2015

HARAKAH mula tak laku! Orang-orang kuat HARAKAH dah lari..

Dulu aku kerap iklankan produk kesihatan kat Harakah. Depa caj elbih kurang RM4,000 utk full page berwarna. Org yg selalu aku hubungi ialah Hj Mokhtar. La ni tak iklan dah, sebab Harakah dah tak laku.



.......

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat. 



Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi. 

AHLI PAS ENGGAN BELI HARAKAH

Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai. 

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS. 

"Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor. 

Sebelum ini, salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin pernah mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu. 

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau. 

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri. 

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak awal tahun ini. 

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya. 

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik. 

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya. 

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam? 

Ishak turut mendedahkan kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS. - Greenboc.blogspot.my

Selasa, 17 November 2015

Senarai Pengkhianat Rakyat Pada Undi Tolak Bajet 2016

Senarai Pengkhianat dari PAS

Pada 16 NOV 2016 Parlimen telah mengadakan undian sokongan terhadap Bajet 2016 yang dibentangkan oleh NAJIB. Undi ini dijalankan untuk mengutip nama PENYOKONG dan TIDAK MENYOKONG bajet.

Dalam sejarah BN memerintah Malaysia, tiada mana-mana Bajet yang memperlihatkan menyebelahi rakyat. Maka wajib pembangkang sbg pembela rakyat undi menolak bajet. Walaupun akan kalah kerana bilangan tidak mencukupi, ia membuktikan kepada rakyat bahawa ahli parlimen pembangkan telah melakukan satu tugas moral di Parlimen.

Jika ada ahli pembangkang yang menyokong bajet (walaupun sesetengah guna istilah BERKECUALI), itulah pembangkan yang tidak pro-rakyat.

TIDAK HADIR (Sengaja tak mai)

1.  Hj Hadi Awang (Marang-Terengganu)
2.  Hj. Wan Hasan (Dungun-Terengganu)
3.  Ust Khairudin AtTakiri (Kuala Nerus-Terengganu)
4.  Ustz Siti Zailah (Rantau Panjang-Kelantan)

HADIR TAPI TAK UNDI (Menyokong Bajet Najib tp berselindung disebalik istilah Berkecuali)

1.  Takiyudin Hasan (Kota Bharu-Kelantan)
2.  Nik Beduh (Pasir Mas-Kelantan)
3.  Nasrudi Jokowi (Temerloh-Pahang)
4.  Idris Ahmad (Bukit Gantang-Perak)
5.  Izani Husin (Pengkalan Chepa-Kelantan)
6.  Ahmad Marzuki (Bachok-Kelantan)
7.  Che Rosli (Hulu Langat-Selangor)

AHLI PARLIMEN PAS YANG SOKONG TOLAK BAJET

1.  Mahfuz Omar (Pokok Sena-Kedah))
2.  Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian-Kelantan)
3.  Datuk Nik Mazian (Pasir Putih-Kelantan)

Ahad, 8 November 2015

Kronologi Krisis MB Selangor Khalid Ibrahim

Kronologi Krisis MB Selangor dalam PAS :  
23 Julai 2014 - Mesyuarat Pimpinan PR di Parlimen - Keputusan dicapai agar setiap parti membawa isu penolakan TSKI ke mesyuarat parti masing-masing (Presiden PAS tidak hadir mesyuarat)
25 Julai 2014 - Presiden PAS umum melalui media menyokong TSKI kekal. (Semua AJK PAS terkejut sebab tiada sebarang mesyuarat pun dipanggil untuk keputusan itu)
31 Julai 2014 - Rombongan PAS Pusat datang menghadap Presiden PAS, namun Presiden PAS tetap bertegas dengan keputusannya.  
10 Ogos 2014 - Rombongan PAS Pusat sekali lagi menghadap Presiden PAS untuk memujuk beliau mempercepatkan tarikh Mesyuarat agar ada satu keputusan rasmi dicapai. Juga ditolak Presiden PAS.
13 Ogos 2014 - 2 ADUN PAS isytihar sokong Pakatan Rakyat sekaligus menjadikan TSKI hilang sokongan majoriti.
17 Ogos 2014 - Mesyuarat PAS Pusat (Pagi) dengan kehadiran Presiden bersetuju mencalonkan Wan Azizah dan Azmin Ali. PAS tidak akan menuntut jawatan MB.... 
17 Ogos (Petang) Mesy PR. Azmin tarik diri daripada dicalonkan sebagai MB Selangor dan menyokong Azizah sebagai MB. Mesyuarat PR memutuskan hanya Azizah sebagai MB. Presiden PAS yang tidak hadir mesyuarat PR marah dengan keputusan PR tersebut.
Antara 18 Ogos - 24 Ogos - Presiden PAS berjumpa Azmin dan menawarkan cadangan pelan peralihan jawatan MB dan turut meminta Azmin masuk PAS dan menarik beberapa orang ADUN PKR masuk PAS dan membentuk kerajaan dengan sokongan 12 ADUN UMNO.
25 Ogos 2014 - Mesyuarat PAS Pusat - Seorang AJK PAS minta Presiden PAS mengesahkan khabar angin yang mengatakan beliau menawarkan Azmin dengan sesuatu tawaran. Presiden PAS mengakui dengan mengatakan " Kalau dia (PKR) boleh curi orang kita (2 ADUN PAS yang sokong PR) mengapa kita tidak boleh curi orang mereka." Presiden PAS mengubah pendirian tidak mahu hantar nama MB Selangor dan terpulang kepada Istana.
26 Ogos 2014 - Pihak Istana mahukan 3 nama. Tiada mesyuarat dibuat   Presiden PAS.   
2 September 2014 - Beberapa AJK Harian PAS Pusat dapat maklumat Presiden PAS telah menghantar 3 nama dan semuanya adalah ADUN PAS. Bantahan dibuat   
3 September 2014 - 3 Nama baru dihantar ke Istana, 1 ADUN PAS dan 2 ADUN PKR ( Bukan Wan Azizah mahupun Azmin Ali).   
7 September 2014 - Mesyuarat PAS Pusat ( Presiden PAS tidak hadir). Keputusan dicapai PAS tolak jawatan MB Selangor.

Sumber: malaysiawaves

Isnin, 26 Oktober 2015

Mungkinkah AMANAH akan buat strategi kejutan kepada PAS?

Aku dah lama dok agak, kalau PAS dok attack Amanah sampai hampir PRU14, mungkin Amanah kena buat strategi kejutan kpd PAS.

La ni mungkin pimpinan PAS dok seronok melompat-lompat sebab bila depa kutuk Amanah, puak2 pimpinan Amanah tak balas balik. Sebab tu yg makin menjadi-jadi pimpinan PAS dok buat keja bodo dok kutuk habis-habisan tu.

Aku cuma tunggu pimpinan Amanah buat satu dialog atau Forum atau Debat dengan pimpinan-pimpinan PAS. Masa tu, sakit la PAS nak jawab soalan dari golongan progresif.

Tambahan pulak yang jadi pendengar majoritinya ahli PAS. Ahli PAS ni aku tau sangat, la ni mungkin depa dok sokong tak ketahuan pimpinan Hj Hadi. Tapi kalau pimpinan Amanah bongkaq rahsia 'kerjasama' belakang tabir Hj Hadi dengan UMNO, mau meloncat-loncat ahli PAS kalau dengaq.

Syarat debat senang saja, JANGAN MENIPU. Pimpinan PAS agak pantang dengan syarat ni, depa dah jadi macam hantu raya takut ayat Al-Quran. Satu-satunya syarat yg depa takut ialah MENIPU.

Agaknya bila debat antara Amanah dan PAS nak diadakan?

Pengasas PAS Sabah Pun Masuk PAS, apa lagi mau cerita?

Pemimpin Pas Sabah sertai Amanah 

Seramai 40 orang pemimpin dan anggota Pas di Sabah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). 

Peralihan parti itu diketuai bekas Pesuruhjaya Pas Sabah dan pengasas awal Pas di Sabah, Hamzah Abdullah yang kini dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah. 

Borang keanggotaan menyertai parti Amanah diserahkan kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus di Sandakan pada Isnin.

“Antara anggota Pas yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan Pas Semporna, Mohd Shaman Palah,” kata Hamzah, lapor Bernama. 

Katanya, mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal dari Sabah yang menyertai Amanah. 

Pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi. -FMT

Ulasan

Pimpinan PASchai takdak kerja lain asyik dok kutuk Amanah. Kutuk UMNU tak pulak. Balik-balik modal yg dipakai ialah Amanah ikut telunjuk DAP. Cara cakap semua pimpinan PAS mmg ikut stail Hadi.

baca sini: AMANAH bergantung kepada DAP